ALUR MANGATA

Saya sering ke Kerling, saban minggu semata-mata mahu menikmati roti canai dengan kuah kari Malayalam.  Jika anda peminat kari, anda akan dapat merasai bezanya kari orang Tamil, Telegu dan Malayalam.   Pekan kerling, sebuah pekan dengan dua baris kedai sebelah yang lama dan sebelah lagi yang baru.  Jalan persekutuan membelah pekan kecil itu di tengah-tengah.  Penduduk Kerling mudah mesra dan seolah tiada perbezaan kaum pun.  Ada kuil yang menjadi lokasi tragedi berdarah suatu masa dahulu walau bagaimana pun tidak berbekas kepada orang tempatan.  Novel ini, Alur Mangata banyak mengambil lokasi kerling, Kuala Kubu dan hutan hijau yang menjadi cagar perhilitan di sekitarnya.  Ia sebuah kisah cinta tiga insan yang berlainan keturunan.  Yang penting, yang ingin diketengahkan dengan latar masa suatu masa akan datang, Alur Mangata mengangkat kisah cinta orang-orang pada penghujung usia atau kata orang sekarang warga emas.  Ya, saya sudah menghampiri usia itu dan malaysia akan menjadi negara tua pada 2030.



   

Ulasan

paridah berkata…
Novel dengan kisah menarik mengujakan

Catatan Popular