Selasa, April 27, 2021

Kereta-kereta di Makkah


 

KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu dibasuh, digosok dan di dadan sehinggakan ada pusat dadanan kereta yang menjaga serba serbi luar dalam.  Kereta yang mahal, mewah, berkilat dan berbau harum melambangkan pemiliknya yang kaya dan sukses.  Jangan ada kereta yang rebeh dan tak bercat, akan jadi kancil viral yang dimusuhi di jalan raya.

Tidak ada kereta yang tidak bercalar di Makkah.  Semuanya kotor, berdebu dan bercalar di sana sini. Ada juga yang rebeh bumper.  Tertanggal cat dan sebagainya.  Boleh dikatakan calar balar sudah jadi perkara biasa dan tidak dihiraukan pemiliknya.

Sebenarnya tidak boleh meletak kenderaan di Makkah.  Ada kawasan khas untuk parking kenderaan dari luar.  Maka jika ada kenderaan yang diletakkan dan penguatkuasa datang dengan kenderaan tunda, alamat nasib malanglah.  Arab bekerja, kasar sekali.  Main cangkuk dan tarik sahaja.  Pernah berlaku di hadapan mata kami, bumper tertanggal ketika proses menarik kabel.  Dibiarkan sahaja.  Alarm menjerit-jerit pun tidak dihiraukan.

Memandu di sebelah kiri.  Agak kekok kerana di negara kita kenderaan dipandu di sebelah kanan.  kami beberapa kali dihon kereta ketika melintas di Ibrahim Khalil St.  Mana tidaknya, mahu melintas tetapi melihat ke arah salah.  Gara-gara tak biasa dengan sistem jalan raya di Makkah.

Hon suatu kewajipan.  Kata orang Arab, biar kereta kecil tetapi hon bunyi padu.  Tidak pernah jalan raya sunyi tanpa hon.  Hon merupakan cara hidup.  Lampu isyarat bertukar, hon.  Orang di tepi jalan, hon.  Nak berhenti, hon.  Nak melintas, hon.  Nak ke tepi, hon.  Segala-galanya hon.  Aduh, jika di negara kita, salah-salah hon boleh bertumbuk.

Brek.  Jika hendak melintas, melintas sahaja.  Tahulah kereta yang datang itu tekan brek.  Jika tunggu tiada kereta, sampai ke malam lah menunggu.  Jika menunggu kereta perlahan, sampai ke Subuh lah menunggu.  Mereka memandu laju.  Dan mereka sentiasa memeriksa brek.



Ahad, April 18, 2021

Surau Tua


Surau Tua ini kembali dikunjungi. Aku suka berjemaah di sini. Selain alunan ayat2 suci, irama hutan ketika malam mengasyikkan. Sudah lama benar tidak dihiburkan dengan nyanyian cengkerik, burung ruak2 memanggung dan manuk keceruk menukang bulan. Sedang imam mengalunkan bacaan terawih, irama hutan mengiringi.

Panggungan burung2 malam mungkin tak seriuh kicak kicau burung2 siang. Namun menikmati malam2 Ramadhan di Surau Tua mengingatkan ku kampung halaman tahun2 1970an. 

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...