Sabtu, Julai 11, 2020

Melihat Tanah Air - Kuantan

Beberapa tahun yang telah ditinggalkan, Kuantan sering menjadi destinasi. Selain bertugas, juga tempat bersantai. Memandu lapan jam dari Cameron Highlands menuruni Banjaran Titiwangsa menuju ke Pantai Timur dan berakhir di Laut Melayu. Mungkin kita patut berhenti menggunakan nama Laut China Selatan, atau Laut Nanyang, panggilan lama sejak zaman Dinasti Ming. Sedang Laut Melayu lebih sesuai kerana terletak di tengah-tengah alam Melayu.
Kuantan, namanya dari tumbuhan liar yang hidup di gigi air sungainya. Dahulu sebuah pelabuhan dan kini menjadi bandar utama di Pantai Timur. Ketika menerima rawatan Covid-19, satu-satunya impian adalah untuk kembali berjalan-jalan melihat tanah air.

Kesempatan yg ada juga, kami menziarahi Iman yang nama sebenarnya Aiman di Rasau Inderapura. Dunia kami kecil dan saling menyokong. Dunia ANIS yang sentiasa jujur.

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...