Rabu, September 18, 2019

Celam Celum Kuala Kubu










Zamhari Bakti

Sep 12, 2019 rated it it was amazing
Buku ini adalah hasil tangan seorang penulis teks KOMSAS bertajuk Kabus di Perbukitan. Mohamad Kholid Hamzah berjaya mengisi dahaga ilmu melalui novel terbaru beliau ini yang mengisahkan tentang tempat bernama Kuala Kubu.

Banyak pelajaran yang boleh diambil daripada buku ini. Dari segi kosa kata, sudah pasti pembaca akan membelek kamus untuk mengetahui banyak perkataan baharu di dalamnya. Selain itu, aspek sejarah tempatan juga sangat teliti dan buku ini mampu menangani beberapa isu dalamnya.

Pendek kata, ia mampu menjadi teks sastera yang kuat dan malar segar. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman.

Tahniah!

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...