Selasa, Oktober 16, 2018

Pajak


Ada masanya mak berpesan pada bapak agar mengait pelepah kelapa yang agak muda.  Daunnya masih hijau dan lidinya masih lembut.  Daun akan dibuang dan lidi itulah yang akan digunakan mak, dianyam menjadi pajak.  Ada yang kecil, sebesar pinggan.  Ada yang besar, sebesar talam.  Fungsinya berbagai.  Boleh digunakan untuk menghidangkan goreng-gorengan ketika kami minum petang.  Boleh juga digunakan mengukus iwel-iwel seperti abok-abok, koci atau lepat.

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...