Syurga Sentiasa Dekat


Kita boleh sahaja mencipta syurga di sekitar hidup kita. Waktu kecil, pohon-pohon nipah yang teduh dan merimbun itu menjadi tempat persembunyian yang paling akrab. Atas perdunya, boleh sahaja dibuat sebuah pondok yang hanya berbumbungkan teduhan nipah. Batang-batang nipak dipotong sedepa-sedepa dan disusun elok menjadi lantai pondok. Ada sebuah kotak yang dibungkus dengan guni tempat menyimpan komik-komik buat mengisi masa lapang. Maka berlarut-larutan lah dalam rimbunan pokok-pokok nipah yang sentiasa aman dan tenteram. Muziknya apabila pokok-pokok nipah itu berlaga bila ditiup angin petang. Bila Ramadhan berkuncung, buah nipah yang manis enak sungguh buat berbuka.

Ketika di Asrama Tun Dr Ismail, aku teringat pokok mangga di tepi tapak nurseri. Pohonnya rimbun dan mudah dipanjat. Atas pokok itulah paling sesuai membaca buku sambil-sambil mendengar irama gendang dan tiupan seruling dari kuil di sebelah pagar. Hanya ada seorang dua kawan yang tahu tempat menyorok itu.

Kini galeri seni dan sastera kami yang dipayungi pohon-pohon kayu, syurga bukan sahaja buat kami tetapi juga burung-burung yang melatari pagi. Syurga sentiasa dekat dengan kita. 

Ulasan

Catatan Popular