Khamis, September 25, 2014

Kubur di Pengkalan


"Sungai ini ada nyawanya," kata Pak Buyong.  Lijah memandang ayahnya.  Benarkah?  Bukan manusia dan binatang sahaja yang bernyawa?  "Tak percaya?" tanya Pak Buyong.  Lijah menggeleng.  "Esok bila kau besar dan biasa menempuh sungai ini, kau akan tahu..." katanya.

Ingatan Lijah pada Pak Buyong tetap kekal.  Ketika orang tua itu uzur dan jatuh sakit, dialah yang meladeni.  Ketika Pak Buyong menghembuskan nafas terakhir, dia jugalah yang memandu lidah menyebut nama Yang Maha Kuasa.  Malah setelah Pak Buyong pergi, ingatan-ingatan kepada ayahnya itulah yang memandu hidup.

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...