Sabtu, Januari 22, 2011

Pemulihan Dalam Komuniti dalam Kabus di Perbukitan


Ada pelajar yang membaca Kabus di Perbukitan ingin tahu lebih lanjut tentang PDK dan Down Sindrom. Saya tidak dapat menjawab dengan tepat apa tah lagi pertanyaan itu via sms. PDK merupakan satu tempat sehenti untuk pemulihan dan latihan anak-anak orang kurang upaya, atau lebih manis dipanggil anak-anak istimewa. Boleh dikatakan setiap daerah di seluruh negara mempunyai PDK sendiri dibawah seliaan JKM. Mungkin lebih molek jika cikgu mengaturkan lawatan ke PDK tersebut dan dapat lebih memahami anak-anak istimewa ini. Kita, orang yang normal dan serba serbi mencukupi ini belum tentu akan dapat memenuhi syurga - tetapi anak-anak istimewa ini pasti sudah mengisi tempat di sana. Di sebalik kekurangan ada kelebihannya.

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...