Rabu, Disember 22, 2010

Bapak Yang Kami Rindui


Apa yang aku tahu tentang kampung? Kait kelapa, tak reti. Kopek kelapa, potong padi, sembelih ayam pun aku tak reti. Apa yang bapak mahir buat, kebanyakkannya aku tak boleh buat. Pagi-pagi lepas subuh, bapak sudah siap sedia dengan botol airnya, baju basahan, parang pendek, kait dan galah dua atau tiga batang. Tidak lupa, cucuk, tali getah dan tali. Dengan basikal tua dan topi hijaunya, bapak meredah kabus pagi untuk mencari rezeki - untuk menyuap kami dengan nasi. Tengahari, bapak akan pulang. Jika ada adik yang masih sekolah, bapak akan menunggu di depan pintu pagar sekolah, tidak pernah tidak sehingga adik sudah berupaya berbasikal sendiri ke sekolah. Itulah bapak yang kami kenal, dari jauh sudah dapat dilihat kelibatnya. Jika sedang bermain di parit, cepat-cepat naik ke darat dan bersembunyi di dalam kebun. Bapak yang garang, suaranya sudah cukup menjadikan perut kecut tetapi tidak pernah menggunakan tangan mendidik anak-anak. Itulah bapak yang kami rindui, untuk selamanya. Alfatehah...

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...