Selasa, April 27, 2010

Sungai Ulong



Siapa sangka ada kampung yang tersorok tidak jauh dari denai jungle tracking Robinson Fall ke Habu. hanya beberapa buah rumah yang pinggir hutannya diasak pembukaan kebun di lerang gunung. Bah Krier sudah putih dengan uban, tubuh kecil tapi masih kuat dan kami terpaksa berkejar mengikutnya berjalan.

Jumaat, April 16, 2010

Menjelang Senja di Cameron Highlands


Singgah sebentar sebelum senja bertandang di lereng gunung Sungai Palas. Kicauan burung-burung pulang ke sarang riuh. Sebentar lagi lantera hari akan menghilang di sebalik gunung.

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...