Ahad, Februari 21, 2010

Kembali Menulis Penyiasat Ekstrovert



LAMA meninggalkan Kuala Kubu Bharu. Beberapa hari lalu saya singgah di perasmian Galeri Seni dan Sastera Hulu Selangor dan dapat berbual dengan beberapa penulis tersohor. Perbualan walau pun berjam-jam terasa begitu singkat. Bagai span yang sedang menyerap air – bukan seperti spoungebob square pant lah! Sebetulnya saya ingin menghabiskan cuti Tahun Baru Cina ini di pekan ini. Keluar pagi-pagi menikmati roti canai di Muslim Restaurant dan lewat petang berlama-lama dengan teman yang membakar satay sambil menikmati cerita-cerita politik setempat. Dan pastinya saya ingin menulis. Mahu menyambung semula novel 'Banjaran Duka' mungkin tidak bersesuaian kerana latar Cameron Highlands. Saya membuka beberapa sinopsis lama – ada satu sinopsis Penyiasat Ekstrovert yang belum pun saya mulakan. Sejujurnya, ada beberapa sinopsis Penyiasat Ekstrovert yang masih belum pun bergerak; satu dengan latar Kuala Lipis yang separuh jalan, satu lagi dengan latar Cameron Highlands - sequal Misteri Vila Penn juga belum bergerak dan yang ini boleh dimulakan – Misteri Loket Lorong Kulit yang akan menengahkan latar Bidor, Ipoh dan Kuala Kubu Bharu sendiri. Hari ini saya baru menyudahkan bab yang pertama – permulaan yang agak payah setelah lama tidak menulis Penyiasat Ekstrovert walau pun sudah diingatkan beberapa kali oleh Ann dari PTS One. Tunggulah Ann, juga Alif – akan ada juga untuk tahun ini, insya Allah. Doakan sahaja ya.


Menjelang tengahari, dari tingkap rumah yang terbuka terasa udara panas menerjah. Bukan Kuala Kubu Bharu sahaja, saya rasakan seluruh Malaysia mengalami cuaca panas menjelang El Nino ini. Langit biru cerah, hanya ada segumpal dua awan mengingatkan saya kepada keesaan Allah. Saya hanya sesekali dapat melihat birunya itu, sedang semakin tinggi langit, semakin tipis udara, semakin hitam warnanya. Itulah hakikatnya, hanya sedikit yang kita tahu dan dapat nikmati – sedang alam luas tanpa sempadan yang bertanda. Itulah yang selalu menjadi tema Penyiasat Ekstrovert, semakin mencari semakin banyak yang kita tidak pernah tahu!

Gambar - Cikgu Zul yg kreatif...


Taman Juta, Kuala Kubu Bharu

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...