Isnin, Januari 04, 2010

Enjin

Pak Wan, nelayan di Pantai Teluk Kemang balik dari laut dengan hati sugul. Mulutnya terkumat-kamit marah-marah. Cikgu Mat yang sedang pekena kopi O di gerai janda berhias, Si Miah menegur, "balik dari laut patut senyum, Pak Wan. Bukan marah-marah!"

"Manalah aku tak marah, enjin bot aku hilang dua butir," kata Pak Wan.
"Siapa yang curi?"
"Ikan paus yang telan, main sambar saja."
"Habis Pak Mat tak tangkap?" tanya Cikgu Mat sambil menjeling pada bot Pak Wan yang sarat itu. Pak Wan memang nelayan yang cekap, sebut ikan apa saja - semua pernah ditangkapnya.
"Mana boleh tangkap, ikan paus dilindungi. Yang ada tu haa... Ikan bilis penuh satu bot..."

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...