Isnin, Oktober 19, 2009

Senjata Penulis & Takah Diri


Saya fikir senjata penulis sama – buku nota, sebatang pena dan komputer peribadi. Beg sandang saya diisi dengan semua itu, juga sekeping coklat untuk memberi daya ketika putus idea. Orang lain mungkin sekotak rokok atau setin minuman coke. Beg sandang ini saya bawa ke mana-mana, urusan rasmi atau pun tidak. Lusuh kerana sentiasa bergerak dan hidup seolah tidak sempurna apabila tertinggal. Lewat kursus jabatan selama dua minggu di Vistana, saya menafaatkan sepenuhnya. Banyak pelajaran baru yang boleh sahaja digunakan kelak seperti psikologi pendera kanak-kanak. Beg sandang sentiasa berada di sisi, sedia untuk mencatat apa-apa yang terlintas di fikiran. Apatah lagi saya perlu menyiapkan beberapa skrip yang diminta penerbit, ada ketikanya catatan di buku nota lebih pantas bergerak.
Seorang sahabat yang terlalu berprasangka dengan penulis sering memikirkan dunia penulis begitu asing – menyendiri dalam ruang tertentu untuk mengarang atau bertingkah laku aneh-aneh untuk menhayati watak. Dunia saya tidak begitu, masih seperti insan biasa yang punya anak isteri dan ruang yang hampir antara manusia. Dan saya dapat melihat dari sinar mata yang aneh ketika teman-teman baru mengetahui yang saya seorang penulis. Di sisi lain, takah saya ada hadnya – kekadang seolah sudah mencapai kemuncak dan menanti masa mahu melimpah. Ah, saya perlukan ruang untuk menenangkan diri!

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...