Rabu, April 15, 2009

Dapatkan di PBAKL!


Akhirnya siri penyiasat ekstrovert ke 10 terbit sempena PBAKL ini. Untuk peminat cilik dan mak bapak yang sayangkan anak-anak, dapatkannya segera.

Tinta Elipsis & Pokok Pukul Lima


Ada sepohon pokok pukul lima di perkarangan wad bersalin Hospital Ipoh. Daunnya merimbun, meneduhkan kami yang menunggu dibawahnya. Aku sendiri tidak faham, kenapa dipanggil pokok pukul lima. Mungkin sesiapa yang membaca blog ini boleh menjelaskan. Sahabat setiaku, mini HP yang menghuni beg kecil dan novel Tinta Elipsis karya Ustaz Ibnu Ahmad Alkurauwi yang termashur itu. Membaca Tinta Elipsis, menyeluruh detak rasa Amir Afif menunggu kelahiran Amjad dan saat-saat terakhir Wardah bagai menghimpunkan seluruh perasaanku ketika ini. Isteriku ditahan di wad kerana jangkitan kuman RAMC di rahimnya. Enam hari aku berulang Cameron Highlands – Ipoh.

Tinta Elipsis bergerak perlahan, melukiskan seluruh kalbu Amir Afif – hati seorang ayah yang akhirnya karam dalam ingatan kepada anaknya, Amjad. Berkorban hatta cinta demi untuk anak. Malah sanggup berbuat apa sahaja demi untuk melihat kebahagiaan hari depan anak yang menanti sentuhan kasih ibu. Sungguh penulis memberi nama tempat bekerja itu sebagai Pustaka Cipta (macam milik Dato Baha) tetapi ia menjelaskan ruang dalaman DBP sejelasnya. Dan kisah-kisah di pejabat itu sesuatu yang lazim di mana-mana pejabat jua. Pada saya sentuhan kalbu Amir Afif itulah yang begitu mengesankan walau sesekali doa panjang Amir Afif seolah sebuah buku agama. Tapi sejujurnya saya senang mendengar khutbah Jumaat di masjid DBP kerana ringkas dan padat tanpa ayat-ayat klise dan lewah seperti yang biasa kita dengar di masjid-masjid lain.

Di bawah pohon pokok pukul lima, laman yang indah tanpa kemudahan kepada orang yang menunggu seperti aku – hanya dua pondok kecil dengan bangku simen yang sering menjadi rebutan orang melepas lelah, aku lebih rela duduk di batu pembahagi jalan. Dengan novel Tinta Elipsis di tangan. Hati seorang ayah – sentiasa berdetak

Selasa, April 14, 2009

Pesta Buku 2009


Tarikh: 25 April 2008 (Sabtu)
Tempat: Tempat: Booth PTS (TR2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC
Masa: 10 pagi – 11 pagi
Penulis: Mohamad Kholid & Nuriazam Ismail (Siri Penyiasat Ekstrovert)
Masa: 11 pagi – 12 tengah hari
Penulis: Ainin Naufal (Siri Melah Melia) & Ezee Rahmani (Siri Sarah)
Diskripsi: Sesi beramah mesra bersama penulis. Dapatkan autograf daripada mereka. Maklumat lanjut, sila hubungi Haryani 016-6611473. Semua dijemput hadir

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...