Jumaat, November 14, 2008

Mata Pilong, Telinga Budek


Saya disapa dari belakang oleh seseorang yang sudah lama benar tidak bertemu. Ron, susuk tubuhnya masih seperti dahulu. “Sihat?” tanya Saya sewaktu bersalaman, ada getar di halkum. “Clean,” Ron membalas dengan yakin. Maklumlah, kami bertemu di Lorong Haji Hussein, minda saya pantas menyimpang. Ragu-ragu jika Ron kembali kepada aktiviti lamanya.
“Sudah berapa lama ya clean? Seingat saya kita pun sudah lama benar tak berjumpa,” tanya Saya.
“Tidak ada gunanya terus menjadi penagih,” jawab Ron penuh yakin. Saya merenungnya dengan penuh minat. “Semua orang ambil kesempatan terhadap penagih. Er, masih bekerja di pejabat lama?”
Saya menggeleng.
Ron tersenyum. Kini dia boleh bercerita dengan bebas dengan Saya. “Tak tahulah dengan organisasi yang sepatutnya memerangi habis-habisan. Jumlah kakitangan ditambah hanya untuk meningkatkan pangkat orang-orang atas. Yalah, jika kakitangan sedikit, mana mungkin pangkat yang besar diperlukan memimpin. Satu platun mahu dijadikan satu batalion. Tapi penagih masih tetap begitu,” Ron bercerita panjang.
Saya mengangguk-angguk, menyokong kata-kata Ron itu.
“Juga dengan statistik, dibesarkan untuk kelihatan jadi ancaman nombor wahid tapi tindakan nombor corot. Bila statistik besar, peruntukan juga besar. Untuk kempen, untuk kursus peningkatan kualiti – hasilnya, nil. Alasan paling mudah, penagih tak mudah dipulihkan – mudah relapse,” sambung Ron lagi.
Saya mengangguk-angguk sambil mengenang pejabat lama Saya.
“Ada NGO, kata berjihad memerangi dadah tapi lafaz jihad di grand ballroom hotel berbintang-bintang sambil bersenang. Jihad apa itu?”
Saya tersenyum. “Ron, di dalam dunia ini memang ramai yang suka mengambil kesempatan, tak kira siapa. Berlapis-lapis. Yang jadi mangsa – penagih,” ujar Saya mahu mengakhiri pertemuan yang tidak disangka itu.
“Ya, sudah memang begitu. Masyarakat pun sudah jadi mata pilong telinga budek!” katanya sambil ketawa kecil. “Sudah lihat blog http://www.hanyapandangan.blogspot.com/ ? Dengarnya blog tu sudah di blacklist organisasi itu…”
Saya akan jelajah blog itu, mahu lihat apa pula pandangannya…

KL International Hotel
Kuala Lumpur

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...