Rabu, April 23, 2008

Kelab 'No Life'


“Jangan paksa saya, saya tak mungkin menjadi ahli kelab ini,” kata saya bersungguh-sungguh. Ia bukan kelab kongsi gelap, jauh sekali kelab malam tempat mat-minah salih dan orang-orang berkulit hitam manis yang gaya hidupnya jauh lebih ke depan dari mat-minah salih berpeleseran di tanah tinggi ini.
“Kenapa tidak?” sanggah bos saya yang hidupnya tertumpu kepada sebuah meja seluas 2 ½ kaki kali 4 kaki yang bersusun ‘indah’ fail-fail timbul dan tenggelam, buku log dan vot, kertas-kertas minit dan yang teratas sekali – surat permohonan cuti aku.
“Bila kau dah sain setuju menjawat kerja dan menerima gaji, mahu tak mahu – kau kenalah juga jadi hamba kepada meja ini!” tegas sekali kata-katanya.
Ah, jadi hamba kepada meja – tidak sesekali. Aku mahu bebas!
Aku mahu keluar minum teh tarik dengan menikmati tosai sambil berbincang – berdiskusi – berkonfran tentang politik, sosial, ekonomi, sastera dan tidak ketinggalan gossip. Mahu juga menyahut seruan Menteri Pelancongan yang baru untuk program ‘Cuti-cuti Malaysia’ dan juga Menteri Pelancongan Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura. Mahu juga balik ke kampung dan melaksanakan Kempen Prihatin anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mahu juga meyelongkat isi alam cyber sebagaimana saranan Menteri Teknologi dan Alam Sekitar. Jadi aku tidak patriotik kah? Bukan warganegara Malaysia yang baik kah? Tidak bolehkah aku keluar dari dunia 2 ½ kaki kali 4 kaki dan menikmati hidup sepenuhnya – dan menolak keanggotaan Kelab ‘No Life’. Salah kah?


Tanah Rata

Isnin, April 07, 2008

Diskusi Kabus di Perbukitan


Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu, FSSK akan mengadakan

Program Diskusi Buku seperti berikut :

Tarikh : 15 April 2008

Masa : 9 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat : Makmal Pengajian Melayu (Blok C, Paras 5)

Buku-buku yang dibincangkan :
1. Mashitah karya Mawar Shafei

2. Permata Budi karya Ahmad Sarju

3. Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

Sekian, terima kasih.

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...