Rabu, September 19, 2007

Puasa di Tanah Tinggi


TAHUN ini merupakan tahun ke tiga aku berpuasa di Cameron Highlands. Aku pun mula bertugas di sini pada bulan puasa. Pengalaman berpuasa di tanah tinggi yang agak sejuk ini ada seronoknya – ada juga tak seronoknya. Yang seronok pastinya suasana yang nyaman dan kadang-kala dingin sampai petang. Tak terasa dahaga lansung, lapar tetap ada. Yang tak seronoknya, berbuka paling lewat sekali di Malaysia. Habis azan di TV (yang mengikut waktu di Kuala Lumpur) masih kena tunggu dua minit lagi sebelum berbuka. Tentang pasar Ramadhan, jangan harap seperti di tempat lain. Gerai tidak banyak, sesuai dengan jumlah penduduk Melayu yang bukan majoriti. Aku secara peribadi jarang beli kuih di pasar Ramadhan. Sebabnya? Sejuk. Waktu berbuka nanti hendak makan rasa tak berselera, macam kuih yang disimpan dalam peti sejuk. Satu perkara lagi, tiada orang berbuka dengan minuman berais di sini. Semuanya yang panas-panas. Dapat anda bayangkan sejuknya waktu bersahur....

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...