Rabu, Julai 11, 2007

Dalam Kehadiran Sofiah




Saya sendiri untuk menulis kisah ini, tidak mampu kerana ia adalah kisah kami yang penuh dengan warna-warna. Bukan sebagaimana warna pelangi yang indah ketika hujan renyai dan mentari merobos. Ia bagai sesuatu yang berada di dalam kaca, boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh. Mujur, isteri @ kekasih saya, Saripah Bakar mempunyai kekuatan untuk menjadikannya sebuah novel jibunsyi. Setelah setahun dia menguatkan semangat mengatasi ledak rasa – novel ini kini berada dalam pasaran. Kepada teman-teman yang mengenali kami, inilah kisah sebenar kami yang tersembunyi. Buat orang-orang yang rapat dengan OKU, inilah sebuah novel yang telus tentang OKU. Semoga “Dalam Kehadiran Sofiah” akan merubah persepsi masyarakat tentang OKU yang sulit untuk dimengerti!

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...