Selasa, Mei 22, 2007

Alasan Untuk Tidak Menulis


Seringkali bila bertemu kawan-kawan yang penulis dan hatta yang bukan penulis, mereka memberi penghargaan yang tinggi dengan bertanya – “sekarang tulis novel apa?” atau “tahniah, aku hormati komitmen anda.” Dan seringkali juga mereka memberi alasan untuk tidak menulis atau untuk mula menulis. Berikut antara alasan-alasan logik yang diberikan…

1. Tunggu masa lapang / tunggu selepas bersara – masa tak mungkin akan lapang, sebaliknya kitalah yang melapangkan masa. Tunggu selepas bersara lebih teruk – waktu itu kita akan sibuk dengan mengatur hidup yang baru. Bukankah lebih baik memulakan sebelum bersara? DBP pun sudah buat kursus penulisan untuk bakal-bakal pesara.

2. Tunggu beli laptop / komputer – ini alasan paling lazim. Fikirkan dengan kemudahan komputer baru, semangat menulis akan datang. Mulakan dari sekarang – tulis dengan pen dan kertas dahulu. Di mana-mana juga boleh digunakan, jika terlalu bergantung pada komputer – susah juga.

3. Belum ada ilham / idea yang sesuai untuk ditulis – ilham tidak boleh ditunggu, perlu dicari. Caranya dengan membaca, menulis, membaca, menulis… dan seterusnya. Menulis hari-hari akan menajamkan minda dan seterusnya akan menjana ilham. Otak yang tidak digunakan akan mati…

4. Sibuk dengan kerja dan jika wanita, sibuk mengurus rumahtangga. Mula menulis dulu inilah juga alasan lazim yang sering saya gunakan, tetapi kini di waktu orang lain baca suratkhabar, atau waktu mereka bersembang tentang katalog jualan lansung – saya merangka apa yang akan saya tulis. Pernah, dalam mesyuarat pun saya menulis. Kerja halal jadi haram? Pada fikiran saya tidak, asalkan tugasan yang diberikan semua disiapkan mengikut rancangan dan waktu yang senggang itulah digunakan untuk menulis.

5. Ada seorang rakan kata – “cerita seperti inilah yang aku hendak tulis!” sambil memegang novel terbaru Danielle Steel. Malangnya cerita itu sudah ditulis. Gejala ini timbul kerana kecetekan olahan kita, sebuah cerita boleh diceritakan dengan pelbagai cara dan akhir mempunyai satu cerita yang beridentiti sendiri. Pengalaman ketika menulis skrip drama – sebuah cerita boleh dijadikan tiga buah drama yang berbeza. Bukankah itu kreatif?

Sekarang anda boleh tanya diri sendiri – “kenapa aku tidak menulis?”

Sungei Palas

Rabu, Mei 16, 2007

Dapat Cek Hadiah Karyanet

Hari ini dapat cek - Hadiah Pertama Cerita Bersiri Kanak-kanak Karyanet. Tertanya-tanya juga, tidak adakah majlis penyampaian hadiah seperti selalu-selalu? Dibawah adalah senarai penuh pemenang peraduan tersebut :

PERADUAN MENGARANG CERITA BERSIRI KANAK-KANAK DAN REMAJA KARYANET 2006

Urus setia penganjur merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang peraduan yang berjaya memenangi hadiah bagi setiap kategori yang disertai. Berikut adalah keputusan pemenang.

KATEGORI A: KANAK-KANAK/REMAJA
PERTAMA: RM3,500.00
Karya: Siri Pengembaraan Si Belimbing
Penulis: Mohamad Kholid bin Hamzah
Kad Pengenalan : 701215-10-5603

KEDUA: RM2,500.00
Karya: Puteri Iryan Mustika
Penulis: Nuraini binti Ahmad
Kad Pengenalan : 880321-03-5350

KETIGA: RM1,500.00
Karya: Pertautan Dua Hati
Penulis: Siti Aminah binti Yusof
Kad Pengenalan: 450925-06-5112

PEMENANG SAGU HATI (RM750.00)

1
Karya: Katabarra
Penulis : Mahizan binti Husain
Kad Pengenalan : 640217-07-5632

2
Karya: Pengembaraan Tiga Bersaudara ke Kota Kibrit Merah
Penulis: Faridah binti Abdul Hamid
Kad Pengenalan : 750930-12-5380

3
Karya: Pengembaraan Sang Kodok
Penulis: Mohd. Mokhtar bin Abdul Rahman
Kad Pengenalan : 390923-09-5009

4
Karya: Dunia Impian Aina
Penulis: Noraini binti Osman
Kad Pengenalan : 740204-12-5248

5
Karya: Ini Misi Kami
Penulis: Ida Munira binti Abu Bakar
Kad Pengenalan : 820810-05-5526

KATEGORI B: REMAJA/REMAJA-DEWASA

PERTAMA: RM3,500.00
Karya: Aku dan Makhluk Asing
Penulis: A. Ghani Abdullah
Kad Pengenalan: 490302-04-5445

KEDUA : RM2,500.00
Karya : Antidot Untuk Umat Manusia Serigala
Penulis: Mohd. Hafez Iftiqar bin Ahmad Termizi
Kad Pengenalan: 840302-08-6199

KETIGA : RM1,500.00
Karya: Kerana Nadim
Penulis: Wan Mohd. Rosdi bin Wan Dolah
Kad Pengenalan: 550919-03-5353

PEMENANG SAGU HATI (RM750.00)

1
Karya: Impian Yang Menggunung
Penulis: Norhayati Bt. Othman
Kad Pengenalan: 770606-11-5496

2
Karya: Ekspedisi Remaja Gemilang
Penulis: Awang Zakaria bin Awang Sarudin
Kad Pengenalan: 770603-12-5867

3
Karya: Klon ESC
Penulis: Noorsyam binti Yusof
Kad Pengenalan: 830821-09-5186

4
Karya: Pelayaran Awang Rengas
Penulis: Mohd. Ali bin Salim
Kad Pengenalan: 720323-13-5889

5
Karya: Penyiasatan Tiga Sekawan
Penulis: Nolida binti Mohamad
Kad Pengenalan: 760830-11-5512

TAHNIAH KEPADA SEMUA RAKAN PENULIS!

Jumaat, Mei 11, 2007

Menuju Kebebasan Hidup

Kebebasan hidup – itulah impian setiap insan. Ada seorang teman, wanita berkerjaya – melepaskan jawatan di sebuah syarikat swasta hanya untuk menjadi ibu dan suri sepenuh masa. Dia hanya ketawa kecil apabila bosnya mempertikaikan keputusannya. “Awak ada masa depan yang cerah, masakan mahu melepas jawatan hanya untuk menjadi surirumah,” tegas si bos yang ternyata kecewa.
“Masa depan yang penting sekarang adalah masa depan anak-anak saya. Masa depan saya sudah sampai ke penghujungnya,” jawab si teman tadi. Berbahasa halus, tidak mahu menyinggung.
Sama ada kita akui atau tidak, kebahagiaan dan kejayaan itu subjektif sifatnya. Ada orang yang fikir dia berjaya dengan mempunyai pangkat yang tinggi, kekuasaan pada tugas dan tanggungjawab. Apakah seorang pegawai dagang muda lebih berjaya berbanding dengan seorang pesawah yang mempunyai tanah bendang tiga ekar? Si pesawah, mungkin tidak hidup dengan gaya mewah tetapi senang hati – pagi bekerja mengeluarkan peluh dan petang boleh tidur di pangkin bawah pokok mempelam. Si pegawai dagang muda mula keluar dari rumah seawal 6.00 pagi – matahari pun belum keluar. Anak-anak pergi ke sekolah sendiri – balik sendiri – makan sendiri. Lewat senja, kekadang santak hingga jam 8.00 malam barulah kembali. Hutang sudah sewajarnya bertimbun mencapai ratusan ribu – rumah, kereta, personal loan, kad kredit... Sedang si pesawah mungkin hanya berhutang di kedai runcit sekitar seratus ringgit dua, atau hutang membajak sawah yang akan lunas bila padi masak. Jika difikir-fikir, siapa yang lebih bahagia sebenarnya?
Apakah kebebasan hidup sebenarnya? Yang diimpikan – bukan jadi kaya – sekadar boleh hidup selesa – tanpa HUTANG yang tidak pernah susut. Biar pakai kereta kecil tetapi hati senang. Paling penting – ada tabungan untuk anak-anak dan wang mengalir masuk tanpa perlu keluar 6 pagi dan balik 7 malam.

(Entri ini ditulis untuk teman saya – yang terpaksa memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan pada rumahtangganya. Selamat berjaya – banyak kerja yang boleh dilakukan di rumah seperti menulis skrip, menerima tempahan kraf/quit, tempahan kuih/kek. Selamat datang ke dunia BEKERJA DI RUMAH!)

Brinchang

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...