Sabtu, November 05, 2005

Selamat Hari Raya

Hari Raya Aidil Fitri sentiasa di tunggu-tunggu dan bertemu kawan lama juga sesuatu yang indah sambil mengenang kembali persahabatan lalu. Roslan, sudah hampir 18 tahun tidak bertemu, masih lagi kurus dan tinggi. Cuma nilai-nilai kelakarnya sudah hilang sedikit... Sesekali mengenang penghuni asrama sebelah - ATPN yang sekarang mungkin juga saiznya sudah berubah seiring dengan diri kami yang juga berubah (terutama perut dan jumlah rambut yang semakin terang...)

Apa pun, disebalik dentuman meriam dan mercun bola, hari raya memang dinantikan untuk mengimbau kenangan dan membina kembali persahabatan.

Kereta-kereta di Makkah

  KERETA tiadalah tinggi nilainya di Makkah.  Tidak seperti di negara kita, memiliki kereta ditatang bagai minyak yang penuh.  Saban minggu ...