Jalan-jalan KKB, mai singgah pekena mi sup utara homemade. Mak Ngah buat sendiri mi. Enak sungguh. Lokasi di sebelah Galeri Sejarah Kuala Kubu di Jalan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu. Jamin terangkat!
Beberapa tahun yang telah ditinggalkan, Kuantan sering menjadi destinasi. Selain bertugas, juga tempat bersantai. Memandu lapan jam dari Cameron Highlands menuruni Banjaran Titiwangsa menuju ke Pantai Timur dan berakhir di Laut Melayu. Mungkin kita patut berhenti menggunakan nama Laut China Selatan, atau Laut Nanyang, panggilan lama sejak zaman Dinasti Ming. Sedang Laut Melayu lebih sesuai kerana terletak di tengah-tengah alam Melayu. Kuantan, namanya dari tumbuhan liar yang hidup di gigi air sungainya. Dahulu sebuah pelabuhan dan kini menjadi bandar utama di Pantai Timur. Ketika menerima rawatan Covid-19, satu-satunya impian adalah untuk kembali berjalan-jalan melihat tanah air. Kesempatan yg ada juga, kami menziarahi Iman yang nama sebenarnya Aiman di Rasau Inderapura. Dunia kami kecil dan saling menyokong. Dunia ANIS yang sentiasa jujur.
SESEORANG melaung memanggil. Rupanya bekas jagaan ketika bekerja di agensi pemulihan dadah suatu masa dahulu. "Minum, encik. Saya belanja," katanya ketika kami bersalam. Oh, saya berpuasa di penghujung Hijrah. Kami berbual tentang dadah dan penagihan. Dia sudah bertahan tidak jatuh enam tahun selepas jatuh dua tiga kali. Kini anak sulungnya sudah ke matrikulasi dan yang bongsu akan ke Tingkatan Satu tahun hadapan. Dadah dan penagihan jarang-jarang saya sentuh sama ada di blog, facebook mahu pun dalam novel dan cerpen. Ia sesuatu yang kompleks, bukan sahaja scenario pengedaran dadah di Negara ini, juga tingkahlaku dan psikososial penagih itu sendiri. Apabila terlibat dengan dadah, seseorang yang kita kenali dengan agamanya dan keturunan bangsanya telah berubah kepada agama dan bangsa baru. Dadah. Untuk mengubahnya, bukan mengubah dengan pendekatan kekerasan dan hukuman sahaja - juga perlu mengubah keseluruhan budaya hidupnya itu. Itulah hakikat yang masyarakat
Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata, hasil manusia gila perang membunuh mesra, bunga merah berkembang indah minta disembah. Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita, kering, bongkok, cacat, tempang dan buta, perang dalam kenangan penuh kengerian, sekarang dalam kepahitan, dalam kesepian. Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih, hilang pergantungan, hilang pencarian, hidup kebuluran, ribuan janda, ribuan kecewa, ribuan sengsara, jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta. Manusia gila perang telah membunuh segala mesra! perang berlangsung mencari untung tanah jajahan! perang berlangsung membunuh anak dalam buaian! perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan! Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian. Kami benci pada perang penuh pembunuhan! kami rindu pada damai sepanjang zaman! Usman Awang 1955 Bunga popi, saya dahulu berfikir pa
Ulasan