Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Rabu, Mei 21, 2014

Bukan Sebarang Panda


Ketika Memanda membuka pintu rumahnya, lembaga bertubuh besar menerpa an menolaknya masuk.  Memanda terkejut.  Hampir sahaja dia jatuh tertiarap.  "Siapakah gerangan?  Begitu kurang ajar membuat kacau di Melaka ini?" tempik Memanda garang.  Entah di mana pengawal, tidak seorang pun muncul.  Memanda mencaai keris panjang, bersiap sedia mempertahankan diri.
"Kau yang kurang ajar, membawa aku ke mari jadikan pameran!"
"Siapa kau?  Hamba sahaya dari negeri mana?"
Lembaga itu maju ke hadapan, terkejut bukan kepalang Memanda.  Beruang Panda yang pandai berkata-kata rupanya.
"Negeri saya lebih indah dari Melaka ini.  Dingin.  Tidak panas macam Melaka ini.  Buluhnya segar dan berkhasiat.  Betina pun ramai dan cantik-cantik.  Kenapa tergamak memanda memindahkan saya ke mari?" tanya Beruang Panda bertubi-tubi. 
"Bukankah sudah siap rumah khas 25 juta.  Sejuk segar siang malam.  Doktor dan misi bersedia 24 jam.  Apa lagi yang kurang?"
Beruang Panda menggeleng dan menyeringai, menunjukkan taringnya yang tajam kekuningan.  "Beruang Panda bukan mahu itu semua tetapi mahukan alam semulajadi!  Kalau hendak berbakti, buatkan sahaja rumah PPRT atau rumah mampu milik untuk rakyat mu di Melaka ini.  Sediakan kemudahan hospital dan doctor pakar percuma, kelas pertama," sanggah Beruang Panda.
"Beruang tak mengenang budi, sudah ku sambut bagai menatang minyak yang penuh, mengata kita pula," Memanda kecewa.  "Nanti ku titahkan Laksamana Tun Tuah membuang mu ke Pulau Nangka!"
Beruang Panda pun ketawa.  Begitu kuat sekali membuatkan Memanda terpekik, "Diaaammm!!!"  Dan ketika Memanda membuka mata, dia mengeluh, "aku bermimpi rupanya..."  

Tiada ulasan: