Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, November 04, 2013

Agama dan Bangsa Dadah


SESEORANG melaung memanggil.  Rupanya bekas jagaan ketika bekerja di agensi pemulihan dadah suatu masa dahulu.  "Minum, encik.  Saya belanja," katanya ketika kami bersalam.  Oh, saya berpuasa di penghujung Hijrah.  Kami berbual tentang dadah dan penagihan.  Dia sudah bertahan tidak jatuh enam tahun selepas jatuh dua tiga kali.  Kini anak sulungnya sudah ke matrikulasi dan yang bongsu akan ke Tingkatan Satu tahun hadapan.  Dadah dan penagihan jarang-jarang saya sentuh sama ada di blog, facebook mahu pun dalam novel dan cerpen.  Ia sesuatu yang kompleks, bukan sahaja scenario pengedaran dadah di Negara ini, juga tingkahlaku dan psikososial penagih itu sendiri.

Apabila terlibat dengan dadah, seseorang yang kita kenali dengan agamanya dan keturunan bangsanya telah berubah kepada agama dan bangsa baru.  Dadah.  Untuk mengubahnya, bukan mengubah dengan pendekatan kekerasan dan hukuman sahaja - juga perlu mengubah keseluruhan budaya hidupnya itu.  Itulah hakikat yang masyarakat tak ingin tahu.

Ucap saya kepada bekas jagaan itu, "jika rasa ingin jatuh, cari tempat berpaut dengan segera."

1 ulasan:

Rose Cheras berkata...

Jatuh ke lembah dadah..ada banyak cerita teladan yang tersimpan bagi dijadikan iktibar dan sempadan semua dari kita..jangan leka dengan asuhan yang tidak sempurna agama..kelak Allah memberi ujian..