Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Khamis, Oktober 31, 2013

Adakah Salah Jika Berbeza?


HAJI DON sudah bersara.  Rumahnya hanya rumah murah di sebuah pekan kecil.  Lekat ke masjid semenjak bersara ini lah.  Boleh baca al Qur'an lancar, akalnya terang semenjak dia meninggalkan banyak urusan dunia.  Sangkanya sudah bersara, fikirannya tentang hal-hal sekeliling akan berkurangan.  Rupanya renungannya semakin tajam dan gurauannya selalu disalah tafsirkan orang sekeliling.
"Haji ni, orang memilih kanan, haji pilih kiri.  Orang ke depan, haji ke belakang...  Sudah-sudah lah tu, haji.  Usah jadi popular dengan cara yang berlawanan.  Macam budak-budak lepas akil baligh," kata Mat Noor suatu petang ketika mereka makan mi kari Kak Dah yang gerainya bersambung dengan batang pokok sena.  Gerai itu jadi tumpuan pada petang yang panas kerana redup kanopi pokok sena itu.
"Bagaimana kalau aku cakap seluruh negara ini bergerak ikut pusingan jam, sedangkan tawaf kena lawan pusingan jam?" tanya Haji Don balik.
Mat Noor garu kepala sebentar.
"Kita bawa kereta menyonsang arah sedangkan dunia sebelah kanan," sambung Haji Don lagi.  
"Kita duduk negara ini kenalah ikut peraturan dalam negara ini.  Mana boleh hendak sama kan dengan dunia lain," balas Mat Noor.
"Kita ini sebaik sahaja celik mata disuruh percaya yang salah.  Diasuh, dilagukan perkara yang kita rasa benar sebab adatnya benar.  Bertahun-tahun.  Pintu maklumat sudah terbuka, kita sepatutnya boleh buat pilihan apa yang benar bukan apa yang kita suka atau apa yang sesuai dengan kesukaan kita.  Tak salah jika kita berbeza asalkan apa yang kita buat itu berlandaskan kebenaran."  Haji Don bangun, hulur duit sepuluh ringgit pada Kak Dah.  "Mi kari Kak Dah ni berbeza.  Rasanya lain.  Sebab itulah jadi pilihan!"

Tiada ulasan: