Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Khamis, September 26, 2013

Olak Alik

Contoh drama radio pendek yang pernah diterbitkan.

GRAM               MUZIK PEMBUKAAN

J/H                       Olak Alik hari ini dengan kisah Bukan Boikot hasil karya Mohamad Kholid Hamzah, Cameron Hinglands, Pahang.

GRAM               MUZIK PENGENALAN

K/B                     SUASANA DI PASARAYA

ZAINAH            Eh, cuba kau tengok barang-barang dalam pasaraya ini, Azah.  Ada yang dilabelkan warna biru, ada yang dilabelkan warna putih.  Ada pula yang dilabelkan warna kuning.  Ada tawaran istimewa ke, Azah?  Tak juga, barang-barang harian begini jarang ada tawaran istimewa.

AZAH                 Bukan tawaran istimewa lah.  Eh, tak kan kau tak baca dalam akhbar?  Banyak pasaraya sekarang dah mula sediakan pilihan kepada pengguna seperti kita ini.  Warna-warna label itu – untuk memudahkan kita memilih barang lah.

ZAINAH            Mudah beli barang dengan panduan label berwarna?  Tak faham lah, Azah.  Cuba lah kau terang kat aku ni…

AZAH                 Cuba kau baca poster penerangan warna label yang ditampal pada kaunter juruwang tu.  Warna biru menunjukkan produk yang dihasilkan syarikat tempatan.  Hah, barangan Malaysia lah tu…

ZAINAH            Betul lah…  Bihun…  Minyak masak…  Beras tempatan…  semuanya guna label warna biru.

AZAH                 Yang warna putih, produk yang diimport.  Macam tepung gandum, minuman oat, mayonis…  Yang merah pula, barangan dari Belanda.  Yang itu, menunjukkan barangan itu tidak digalakkan dibeli sebab banyak pertubuhan pengguna dan pertubuhan Islam yang melakukan boikot terhadap barangan dari Belanda.

ZAINAH            Baru aku ingat, Azah.  Semua ini oleh kerana Belanda selalu menghina Islam, konon-kononnya terlalu bebas bersuara tetapi tidak menghormati orang islam di negara sendiri dan umat Islam di negara lain.  Memang patutlah barangan dari Belanda dilabelkan dengan warna merah.

AZAH                 Kalau kita congak-congak, jika kita berdua sahaja yang tak beli barangan dari negara itu – macam tak mendatangkan kesan.  Tapi fikirlah, Zainah kalau semua orang Islam di seluruh dunia tak beli, aku rasa mahu jatuh merundum ekonomi negara yang sombong itu dek kerana tak sensitif dengan perasaan umat Islam.

ZAINAH            Dulu waktu suratkhabar mereka menghina nabi dengan karikatur kartun, dengarnya begitulah juga.  Habis semua orang Islam pulaukan barang-barang dari negaranya.  Nampaknya mereka tak serik-serik.  Tak tahu ke umat Islam di dunia ini, umat paling ramai sekali.  Pelik betul aku.

AZAH                 Negara mereka tidak berbilang kaum macam negara kita ini.  Sebab itulah mementingkan diri sendiri.  Tapi peduli lah, yang penting kita utamakan barang-barang tempatan.  Sudah lah lebih murah, berkualiti dan dijamin halalnya.  Dan meningkatkan ekonomi tempatan.  Pedulikan dengan barangan dari luar kalau ada dikeluarkan tempatan.  Tak begitu, Zainah?

ZAINAH            Ini bukan boikot sahaja, tapi kempen meningkatkan ekonomi tempatan.  Biar duit rakyat negara ini kekal di Malaysia, tidak mengalir keluar.  Sudah lah menguntungkan negara luar, tapi tak sensitif pula dengan perasaan orang Islam.  Aku pun tak jadi lah hendak ambil susu pastuer ni, baik ambil susu keluaran jabatan veterinar.  Segar lagi!

AZAH                 Nampaknya aku pun kena tukar selera lah…

GRAM               MUZIK PENUTUP

1 ulasan:

Mohamad Izham M.A berkata...

Saya sudah agak tuan mesti ada blog. =)

Salam perkenalan.