Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, September 30, 2013

Memulakan


Sekeping gambar yang saya temui, Masjid Abu Bakar, Cameron Highlands yang mungkin diambil sekitar tahun 1960 an.  Gunung dibelakangnya, lapis kedua itulah Gunung Berembun.  Di depannya padang awam yang menjadi mercu tanda di Tanah Rata, Cameron Highlands.  Saya sering ditanya, bagaimana memulakan menulis novel?  Cara seorang penulis tidak semestinya sama dengan penulis yang lain.  Ada dua perkara yang paling penting pada pendapat saya, pertama, watak utama novel tersebut dan kedua, cerita apakah yang ingin disampaikan.  Gambar ini sebagai contoh boleh menjadi modal utama cerita.  Sedang watak perlulah dicari, diamati, diindahkan dan kemudian barulah dipindahkan ke dalam novel tersebut.  Kita ringkaskan dalam sebuah perjalanan cerita seperti di bawah :

1.  Takahashi, 65 tahun seorang pesara yang berpendapatan tinggi dari sebuah syarikat antarabangsa bercuti ke Cameron Highlands kerana ingin lari dari udara terlalu sejuk Jepun ketika musim sejuk.  Takahashi, tidak mahir berbahasa Melayu, malah tidak tahu lansung berbahasa Inggeris pada mulanya agak sukar menyesuaikan diri dengan penduduk tempatan.  Pasar pagi menjadi tempat belajar kepadanya.  Dia berkenalan dengan Liza, 45 seorang peniaga sayur yang berjualan di pasar pagi.  Takahashi berminat mempelajari budaya Malaysia yang rencam, agama dan adat istiadat yang sangat berlainan dengan tempat asalnya.

2.  Dan tulislah seterusnya, cerita apa yang hendak sisampaikan.  Sebagai contoh dalam kisah ini saya ingin menceritakan kesunyian warga emas yang berada dirantau orang.  Dan pada yang sama dia melihat nilai-nilai kekeluargaan yang kuat dalam pegangan orang Melayu.  Berdasrkan tema ini, synopsis cerita boleh diselesaikan.

3.  Seterusnya ringkasan bab demi bab boleh disiapkan.  Berikan tajuk yang boleh melambangkan cerita bab tersebut dan biasanya setelah bab itu selesai ditulis, tajuk baru yang sesuai akan ditemui.  Proses ini yang cukup penting untuk melihat kesinambungan cerita dalam novel.

4.  Mula menulis.  Apa tunggu lagi.  Jika cara diatas diikuti, jika sampai ketikanya tiada angina bertiup dan layar idea tidak berkembang, novel ini masih boleh disambung lagi.  Malangnya, ada yang berlarutan bertahun-tahun terutama apabila penulis menemui kisah baru dan mahu menyelesaikan yang baru terlebih dahulu...

2 ulasan:

Mohamad Izham M.A berkata...

Masya-Allah. Penerangan yang mudah difahami. Terima kasih tuan atas perkongsian ilmu ini. Saya amat menghargainya. =)

ciksiti wankembang berkata...

perkongsian ilmu..banyak lagi tak tahu nie bos..