Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Khamis, September 20, 2012

Ke Mana Selepas PDK?

 
 
 
PDK, Pemulihan Dalam Komuniti mempunyai sejarah yang panjang.  Bermula di Batu Rakit, Trengganu dan kini hampir seluruh pelusuk negara mempunyai sebuah PDK untuk sesebuah kawasan sesuai dengan keperluan anak-anak OKU mendapat pendidikan berterusan.  Kejayaannya tidak diragui walau pun setitik dua noda berlaku.  Seingat saya, Along mula hadir di PDK Kuala Kubu Bharu yang ketika itu dikelolakan BAKIS, Badan Kebajikan Anak-anak Istimewa Selangor sejak berumur 4 tahun.  Tidak lama kemudian PDK tersebut diambil alih sepenuhnya oleh JKM walau pun ketika itu ibubapa lebih ramai yang mahukan kekal di bawah BAKIS yang kemudian menumpukan kepada grouphome kepada OKU yang lebih dewasa.  Sekarang, saya rasa BAKIS telah dibubarkan.  Kini usia Along telah pun 18 tahun.

Baru-baru ini seorang OKU yang dahulu juga ke PDK tetapi sejak akhir-akhir ini tidak menjejak kaki lagi ke PDK telah kembali ke negeri abadi.  Dia kembali dalam usia 40 tahun, OKU celebral palsi dan akhir hayatnya terlantar di atas katil.  Peristiwa ini menjadikan saya berfikir berhari-hari.  Apakah nasib Along kemudian hari kelak?  Bagaimana nanti jika kami yang pergi dahulu sedang dia memerlukan seseorang untuk meneruskan hidup?  Bagi setiap ibubapa OKU, inilah soalan yang tiada jawapan, yang tergiang di fikiran setiap kali selepas solat lima waktu.

Saya bertemu seorang pesara yang dahulunya berkhidmat dengan JKM.  Masih sihat dengan pendangan yang kritis.  Dia seperti saya mengakui bahawa anak-anak PDK tidak punya hala tuju selepas meningkat dewasa.  Diketahui umum, had umur mendapatkan khidmat PDK sehingga berumur 18 tahun tetapi kini ada berapa ramai OKU dewasa ini berada dalam PDK dengan latihan zaman kanak-kanak?  Saya katakan pada sahabat pesara itu, sudah sampai masanya JKM membuat kajian dengan bantuan khidmat pakar untuk modul pembangunan OKU selepas tamatnya latihan di PDK.  Saya dan saya fikir majoriti ibubapa amat mengharapkan perkara ini terjadi. 

6 ulasan:

zamri.tembol berkata...

Saya punya persoalan yang sama. Tak dinafikan agensi yg ada perlu dipertingkatkan skop perkhidmatan. Namun, sy bependapat organisasi yg dipacu oleh parents kpd anak2 oku adalah yg terbaik. Mereka ada empati dlm perkara ini. Dan ianya bukan mudah.

Tiap kesusahan pasti ada kesenangan, dgn syarat diikuti dgn usaha.

hamidah hassan berkata...

sy bersetuju dgn pandangan saudara namun sudah tiba juga masanya pendidikan dan tanggungjawab terhadap "wellbeing" oku ini menjadi satu obligasi sosial dan shared responsibility, jkm satu2nya agensi yg diktiraf utk menjaga kebajikan dan lead agency utk sebarang jsu yg berkaitan org kurang upaya ttpi jab pelajaran juga sewajarnya memainkan peranan yg lebih proaktif dan serius utk pendidikan lanjutan drp pdk@apa-apa jua yg berkaitan dgn pendidikan oku, jkmmelatih, memberi elaunbantuan, memberi perkhidmatan jagaan institusi tetapibagaimana yg lain, komuniti we need to empower, ksh syg kga, komuniti yg benar2 faham yg lebih bermakna dan tulus dlm penjagaan dan pemulihan oku. agensi2 yg berkzitan juga perlu merangka satu daszr atau paling tidakpun polisi khas berkaitan oku mengikut kayegori berdasarkan specialiti msg2. jgn sekadar melepas batuk di tangga. oku ada pelbagai kategori, intervensi adalah berbeza mengikut setiap kategori, jgn pukul rata semua sama. saya percaya kalau setiap pihak bersungguh dan ambil berat byk perkara yg boleh ditambahbaik; tidaklah oku d msia ini kehilangan arah dan hala tuju...sekadar pandangan

mohamadkholid berkata...

sdr zamri tembol,
sudah sampai masanya ibubapa dan agensi berkaitan bertemu. untuk itu kena ada kumpulan ibubapa yang kuat dan bersedia menentang arus memulakan.

sdr hamidah hassan,
soalnya siapa yang harus memulakan. akta OKU, yg telah diwartakan tiada penguatkuasaan. tiada denda yg dikenakan jika akta itu dilanggar. sebagai contoh, sekolah sepatutnya menyediakan kemudahan dan menerima pendaftaran anak OKU tanpa memilih. Setiap insan berhak mendapat pendidikan di tanahair ini tetapi nampaknya masih dalam 'mimpi' kerana ia 'impian'.

uncle kong berkata...

Setuju tidak ada masalah untuk terus menyokong, cuma buatlah lah modul tengok hasilnya.

min khassim berkata...

Allah... itulah hakikat nasib OKU di negaraku yang tercinta. Pahit, namun terpaksa ditelan. Jom kita sama2 gembeleng tenaga dan buah fikiran untuk sama2 membantu sekadar yang kita mampu untuk mengubah situasi ini.

Mohamad Kholid berkata...

ya kita kena lakukan sesuatu dengan daya usaha selagi mampu...