Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Rabu, Ogos 29, 2012

Merdeka dan Melaka


Atas rasa yang amat bersalah kerana lama tidak menulis untuk blog ini, saya memulakan dengan sesuatu yang terpendam dalam fikiran saya berhari-hari.  Maafkan saya, ia agak peribadi terutama bila seseorang melemparkan soalan kepada saya - apakah erti kemerdekaan yang sebenarnya?  Soalan yang berulang-ulang setiap tahun ketika menjelang 31 Ogos.  Melaka bukanlah sebuah negeri kecil seperti zahirnya sekarang.  Seluruh Semenanjung, sebahagian besar Sumatra, sebahagian Jawa, Singapura dan seluruh pulau-pulau di selatannya adalah Melaka.  Buktinya, Selat Melaka.  Namun atas rundingan demi rundingan untuk mencapai kemerdekaan, namanya menjadi Persekutuan Tanah Melayu atau Federation of Malaya.  Tidak lama kemudian menjadi Malaysia.  Jelas sekali bunyi Inggerisnya.  Sepatutnya dinamakan Melaka kerana Melaka lah yang memulakannya. Tanah ini bertuan dan mempunyai pemerintah, Parameswara memulakan salasiah raja-raja sehingga kini.  Tidak timbul soal orang Melayu bukan orang asal, bumiputera, sedangkan Melaka pada seluruhnya menguasai hampir keseluruhan Kepulauan Melayu.  Terima saja hakikat itu.

Tiada ulasan: