Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, Mei 21, 2012

Perjalanan Rohani 13


EMPAT hari lagi, kami melakukan perjalanan rohani kedua dalam hidup kami.  Walau pun masih berada di meja kerja dengan beberapa laporan yang masih belum siap dan jadual mesyuarat tetapi hati sebenarnya bukan di Tanah Rata, Cameron Highlands lagi.  Ketika melayari internet, saya menemui gambar kurma ajwa seperti gambar di atas.  Kurma kesukaan Nabi SAW yang kini menjadi buah tangan wajib kepada yang mampu membelinya.  Harga jualan kurma ajwa berbeza mengikut gred dan juga berbeza mengikut tempat jualan.  Mengikut riwayat, makan tujuh biji kurma madinah pada pagi hari, kita akan selamat dari sihir khianat sepanjang hari.

Saya tidak dapat membuat catatan yang panjang kali ini, ampun maaf dipohon atas apa jua kesilapan saya buat semua kawan-kawan yang mengenali dan pembaca blog ini.  Catatan perjalanan rohani ini akan saya sambung kelak, insya Allah.

2 ulasan:

Syarifah Salha Syed Ahmad berkata...

Selamat berangkat Sdr Kholid. Semoga dipermudah segala urusan dalam melengkapkan bekalan rohani.

mohamadkholid berkata...

Syarifah Salha,
terima kasih atas doa saudara. Doa teman-teman amat saya harapkan.