Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Sabtu, Julai 16, 2011

Pohon Hayat


Zahirah merenung anak saudaranya itu, Adlin yang seiras dengan gemulah Suhaimi.   Suhaimi yang cenderung mengamati buah fikir Ahmad Rejab.  Pencorak warna-warna dalam hidup mereka.  "Kata arwah datuk dan bapamu, Adlin - hidup biarlah jadi pepohon yang rendang, yang menjadi tempat bernaung hidup.  Pohon hayat yang memberi ruang kepada semut, kepada rayap, kepada anggerik merpati, kepada anggerik leryar, kepada pakis, kepada paku pandan, kepada burung-burung yang singgah dan bersarang, kepada manusia yang tumpang berteduh dan kepada alam.  Hidup biarlah jadi pohon hayat yang berbakti sampai reput, sampai kayu terpongkah, sampai tinggal tunggul - tetap jadi tempat makhluk lain berlindung."

2 ulasan:

Mohd Affandi Hassan berkata...

Salam saudara,

Bagus sekali kata-kata anda, puisi tabii yang cantik dan indah kias bahasanya. Malu saya kerana saya sedar saya tidak sehebat anda menulis begini. Semoga Allah Ta'ala memberi anda lebih banyak ilham yang serupa ini. Insha Allah.

mohamadkholid berkata...

dengan penuh rendah diri, saya mengucapkan terima kasih kerana pengarang besar Mohd Affandi Hassan sudi menjengah blog saya. Novel-novel tuan dann kumpulan cerpen bukan ahli umno ada dalam simpanan saya.