Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Khamis, Julai 21, 2011

Pelangi



“Di sini akhirnya perjalanan hidup saya,” ujar Datuk Hassan pada Halim suatu pagi ketika mereka berehat di serambi masjid selepas Subuh.
            “Perjalanan masih panjang, datuk.”
            “Lihatlah, saya telah meninggalkan rakan-rakan saya di ibu negara dan berkhidmat untuk bekalan akhirat saya di sini.  Sesungguhnya saya sangat-sangat berbahagia.  Jika tidak, waktu ini mungkin saya masih mengandar kayu golf.  Mengejar nikmat kemewahan yang kami gelar masyarakat elit.  Tempat ini telah benar-benar mengubah erti hidup.”
            “Saya berbangga dapat mengenali datuk,” luah Halim jujur.
            “Sayangnya Norasyikin berkahwin dengan orang lain.  Tak mengapa, selagi kita Islam, selagi itulah kita bersaudara.  Apatah lagi kita sekarang tinggal sekampung.  Semakin dekat di jiwa.  Semakin dekat juga persaudaraan itu.  Tapi saya sering tertanya-tanya, bila Halim akan berumahtangga.  Tak siapa yang menjaga makan minum.  Rumah gedang itu tak bererti jika tiada induknya.”
“Itulah yang saya hendak minta pertolongan datuk.  Maklumlah saya tiada orang tua, maka datuklah saya anggap orang tua,” beritahu Halim perlahan.
Datuk Hassan tersenyum, menepuk bahu Halim mesra, “jadi bila saya akan mengetuai rombongan meminang ke Gopeng?”
Rohana, sejujurnya – kisah antara kita ini bagai pelangi pagi.  Indah dan berwarna-warni.  Memberi sejuta harapan, sejuta kasih untuk bernaung.

2 ulasan:

Syarifah Salha Syed Ahmad berkata...

Novel yang menarik dengan bahasa yang indah. Tahniah, kerana produktif menulis. Menunggu karya sdr yang baharu. Suka membaca hasil penulisan sdr.

mohamadkholid berkata...

terima kasih atas sokongan sdr.