Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Jumaat, Jun 24, 2011

Kau Sudah Berhijrah?

Kau sudah berhijrah?  Pertanyaan itu datang bertalu-talu lewat email ketika keputusan meninggalkan alam Facebook bulat.  Setiap hari, aku buka mata dan berniat, aku akan buat sesuatu yang lebih baik hari ini.  Sesuatu yang lebih baik dari semalam.  Ketika mandi, daki dan kotoran tubuh ku tanggalkan - biar sirna bersama air mandian ke dalam longkang.  Ada orang kata, kebaikan 'bukumuka' itu terserlah - dapat memasarkan buku-buku tulisannya.  Pada ku, sepanjang aku bergiat dengan 'bukumuka' ini, tak sebuah pun novelku yang terjual.  Malah ada pula insan yang baik hati, yang menjadikan penyiasat ekstrovert satu entiti sendiri dan mempunyai 'bukumuka' sendiri.  Malah sebuah jabatan kerajaan pula menyiarkan kenyataan di laman web rasminya yang 'bukumuka' dikatakan rasmi milik jabatan itu bukan milik sebenarnya.  Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengakui bahawa dia A walau pun dia sebenarnya bukan A di 'bukumuka'.

Mungkin benarlah ia sesuatu hijrah.  Tak perlu mendengar kata-kata riak seseorang di 'bukumuka'.  Tak perlu melihat gambar-gambar orang yang tak mahu kita lihat kerana di'tag'.  Tak perlu mengetahui pergerakan orang ke mana hari ini, dan berjumpa siapa hari ini.  Tak perlu jadi penyibuk dan penjaga tepi kain orang.  Tak perlu menerima dosa-dosa kering yang tak diundang.

Adakah saya keterlaluan?

Tiada ulasan: