Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Rabu, April 20, 2011

Watak Iqbal Kabus di Perbukitan

IQBAL, susuk tubuhnya, perangainya, keletahnya, seiring dengan hidup saya ketika pergi menghantar dan mengambil anak saya di Pemulihan Dalam Komuniti, Kuala Kubu Bharu.  PDK diwujudkan dengan harapan ibubapa yang tinggi.  Kak Odah dengan anaknya Rahmat yang bertubuh lansing, kulit putih lebih cantik dari wanita mana pun yang buat rawatan spa.  Hidayat yang datang jauh dari Batang Kali, anak angkat yang dipelihara bagai anak sendiri sehinggakan kakaknya mengorbankan masa depan untuk menjadi pengajar di PDK.  Juga nama-nama lain seperti Azizan, yang pandai berlakon dan membuatkan audien menitiskan air mata.  Amer yang pandai bekerja, pandai mengambil hati dan hampir dikenali semua penduduk warga Kuala Kubu Bharu.  Ada satu kisah lucu tentang Amer, suatu ketika - saya membawa anak-anak PDK ke jamuan hari raya di PDK Sungai Choh yang terletak di sebuah bangunan rumah penghulu lama bersebelahan dengan klinik ibu yang telah dikosongkan.  Bangunan itu terletak di tepi jalan, berhampiran traffic light.  Van yang saya pandu terus sahaja potong Q dan masuk ke traffic light yang berwarna kuning.  Seorang anggota polis rupanya sudah bersedia dengan buku samannya di depan masjid Sg Choh.  Apa lagi, puas saya berjawab dengan polis traffic itu.  Ketika itulah Amer muncul dari tingkap menyelamatkan keadaan.  Dia berbual dengan anggota polis trafic itu dengan bahasanya sendiri.  Saya terlepas hanya kerana Amer yang kenal baik dan selalu minum pagi dengan anggota polis itu.  Nasib baik ada Amer, kata saya.  Jika tidak pasti saya kena saman hari itu.

Watak Iqbal begitulah, kabungan anak-anak PDK yang sentiasa ceria, yang tiada dibelengu sebarang masalah hidup dunia dan akhirat.  Watak anak saya juga, yang kini sudah mencapai 17 tahun, yang sentiasa memberi harapan kepada saya menghadapi arus kehidupan ini.

4 ulasan:

bungacahaya berkata...

Salam, terima kasih sudi menyinggah di blog saya.

Terima kasih juga dgn info tuan tentang latar novel tu.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Salam,
Mana catatan Travelog tuan Dari al-Haramain?

mohamadkholid berkata...

bunga cahaya, insya Allah, saya akan terus menulis tentang novel itu dari semasa ke semasa

ustaz azman, hajat hati ingin menulis sebuah travelog, mungkin bukan di blog ini. Doakan muncul sebagai sebuah buku... perjalanan yang cukup manis...