Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Sabtu, Mac 19, 2011

SEORANG TUA DAN BASIKAL


Aku masih ingat, baju biru, seluar kelabu dan topi hijaunya.  Basikal yang dikayuh sesuai dengan kudratnya.  Esok anakku akan kembali ke asrama, teringat kisah dulu ketika aku tinggal di asrama di Kg Pandan, Kuala Lumpur.  Jika bapak tidak punya cukup wang, pasti hari ini dia kan masuk ke kebun dengan kait dan galah panjang.  Seguni dua kelapa diangkut ke laman rumah, dikopek dan dilonggokkan.  Petang dia akan ke kedai tauke dan lori akan sampai untuk mengambil buah-buah kelapa itu.  Esok ketika aku bersiap dengan sebuah beg mahu kembali ke asrama, duit dari jualan kelapa itu lah yang dihulurkan buat belanja.  Tiga puluh ringgit sudah mencukupi.  Tambang ke Kuala Lumpur sekitar tujuh ringgit.  Selebihnya itulah untuk kegunaanku.  Seorang tua dan basikal, benar-benar terpahat dalam fikiran.

6 ulasan:

Le Jr. berkata...

semua artikel abang menyayat hatilah.. semoga berjaya

swizbook
Planet Wan

ardisia berkata...

Kenangan mengusik jiwa.Ayahku sehingga kini,sesekali pulang ke kampung, semata-mata untuk mengait kelapa untuk dibawa ke rumah Kak Long, katanya "Sekarang kelapa mahal!"

mohamadkholid berkata...

Le Jr - begitulah retetan hidup saya dahulu...

ardisia - ayah tetap ayah jua...

mohamadkholid berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hunny berkata...

Salam singgah,

Ayah tetap ayah jua.. teringat abah yang baru berpisah dengan kami..

Dunia Firdaus berkata...

aku tak pernah tahu bagaimana ayah cari duit. Duit sentiasa ada dan cuma minta.