Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Khamis, Mac 03, 2011

GUA MUSANG



GUA MUSANG, bandar paling hujung di Kelantan, paling hampir ke Cameron Highlands.  Singgah sebentar melihat anak-anak pulang dari sekolah berkeretapi ke Limau Kasturi.  Orang kampung dari Merapoh menjunjung sebekas besar ikan keli salai.  Makcik tua menjinjing lada sala, timun, sengkuang dan cili api.  Sibuk dengan berbagai aktiviti, hidup dalam gerak masa yang sangat perlahan.  Dan keretapi penghubung yang memberi nyawa kepada insan - peniaga kecil dan segala orang kecil-kecil.  Mungkin terlepas pandang dalam kepesatan menuju negara maju.  Tolonglah, jangan hanya memandang Kuala Lumpur...

4 ulasan:

Nur Amirah Shaharom. berkata...

kadang kala kita lupa.

MAZEMIE MAZ berkata...

assalam.

jejak yg tak terjejak...

AL-BIMA SAKTI berkata...

salam..!!

ardisia berkata...

Sudah setahun rupanya ku tinggalkan laluan Gua Musang itu.Takkan lupa kerana berhampiran daerah itulah aku ditahan polis dan kena saman!