Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Khamis, Februari 10, 2011

Sketsa - Bijak Guna Kad Kredit



Drama : Sketsa
Tajuk : Bijak Guna Kad Kredit
GRAM MUZIK PENGENALAN
K/B SUASANA DI KAWASAN ORANG RAMAI
AINA Kau masih guna kad kredit lagi, Izzah? Kan ke bajet yang lepas kata pengguna kad kredit akan dikenakan caj RM50 setahun. Aku dah tak larat dah. Kalau satu RM50, aku ada lima dah berapa? RM250...
IZZAH Kau ada sampai lima kad!? Kalau satu, had kredit RM5 ribu, lima dah RM25 ribu... Kalau dah sampai limit, kaya dengan hutang la kau, Aina. Habis kau hendak pulangkan semua kad-kad tu ke, Aina?
AINA Hendak pulang pun kena clear kan hutang-hutang tu dulu... Itu yang buat aku pening tu.
IZZAH Kau ni pun, kad kredit ni sebenarnya satu kemudahan untuk pembayaran. Kau dah salah guna – jadikan kemudahan untuk berhutang. Itu yang jadi masalah tu.
AINA Kau cakap senanglah, Izzah. Aku ni dah macam ni... Kalau dah tak ada duit, hendak buat macam mana. Hendak tak hendak tenyeh lah kad tu. Eh, kau pakai berapa kad kredit?
IZZAH Dua saja. Aku pakai bila perlu sahaja. Sebenarnya dalam menggunakan kad kredit, ada pantang larangnya.
AINA Kad kredit pun ada pantang larangnya? Tak ada pun dalam syarat-syarat permohonan kad tu.
IZZAH Ini pantang larang yang tak bertulis lah... Bukan aku cakap tetapi akau pernah baca seorang penasihat kewangan beritahu. Kau hendak tahu ke? Kalau aku beritahu, lepas ni kau kenalah ikut pantang larang ni.
AINA Okey... Okey... Apa dia pantang larang tu?
IZZAH Ada 4 perkara. Yang pertama, bila sampai bil bulanan tu – jangan bayar yang minima sahaja. Kena bayar habis, kalau tidak pun bayar separuh dari keseluruhan bil.
AINA Hmm... Aku biasa bayar yang minima sahaja. Ya lah agaknya sebab tulah tak pernah susut.
IZZAH Yang kedua, jangan banyak sangat guna berbagai kad. Kalau boleh guna satu atau dua kad sahaja. Bila banyak kad – sampai lima – macam sahabat aku yang seorang ni... Susah hendak kesan banyak mana hutang kita. Yang ketiga, jangan ambil cash sebab caj ambil tunai tinggi. Dan yang keempat, jangan sesekali terlepas tarikh akhir bayaran – caj denda lewat bayar tinggi.
AINA Ya lah, baru aku nampak kesilapan aku selama ini Izzah...
IZZAH Tujuan kerajaan kenakan caj tu untuk mendidik kita, Aina. Tak mahu terperangkap dengan hutang kad kredit.
AINA Setiap sesuatu tindakan tu tentulah ada sebabnya, Izzah. Nampaknya sekarang aku kena ada disiplin dalam menggunakan kad kredit. Tak mahu lagi main tenyeh-tenyeh...
IZZAH Fikir dulu sebelum tenyeh!
GRAM MUZIK PENUTUP

Ramai sahabat penulis bertanya contoh sketsa untuk disiarkan di Klasik Nasional. Ini antara contohnya. Harap dapat digunakan sebagai panduan.

2 ulasan:

anntaj berkata...

salam singgah...
tak guna kad kredit sbb dah tau mmg x dpt control punye...
:)

pie_lord berkata...

Salam singgah,

Saya ada pengalaman ditipu oleh palace of golden horses.

Kononnya nak jadi member bayar bulan-bulan rupa-rupanya dia apply kad kredit beberapa keping dan caj terus dari situ.

Jadi bila kita nak batalkan membership, kena bayar habis kad kredit ni pada bank. saya habis rm5k disebabkan ini. Selepas itu saya batalkan semua kad kredit kerana mudah dimanipulasi oleh pihak lain.

Alhamdulillah sejak bermula membeli emas, budget saya tak lari sangat. bila betul-betul perlukan duit, pajak saja emas tu.

Fikir balik kad kredit memang membuat orang bertambah kering poket.

-Taufanemas.blogspot.com-