Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Ahad, November 07, 2010

Kabus di Perbukitan Edisi Pelajar

KABUS DI PERBUKITAN akhir novel untuk komsas Tingkatan 5 di negeri Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan muncul. Saya belum melihat perbezaan antara edisi pelajar dan edisi asal. Pertama-tama, ucapan syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi atas harapan saya termakbul, yang suatu masa nanti novel ini akan dibaca khalayak yang ramai. Novel ini adalah hati saya.

27 ulasan:

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam tahniah, bang kholid. tumpang gembira - novel ini antara novel kegemaran ren.

mohamadkholid berkata...

Ren,
Saya juga menahan sebak ketika menulisnya, ada retetan peristiwa berlaku dalam keluarga saya - novel ini jiwa saya.

benuasuluk berkata...

Salam tahniah daripada saya. Moga ini akan menjadi inspirasi untuk sdr. terus berkarya

mohamadkholid berkata...

benuasuluk,
terima kasih. saya menanti kritikan.

Azrisham berkata...

wah, akhirnya berjaya juga. Nanti nak minta tips la cara menulis novel

aspirasiku berkata...

Saya kagum bagaimana saudara mendapat ilham ketika menulis. Dahulu dakwat pena saya pernah mengalir deras namun kini imaginasi saya bagai lesu setelah setiap hari bermain dengan aplikasi teknologi.

mohamadkholid berkata...

azrisham,
setiap orang ada kebolehan sendiri.

aspirasiku,
saya tidak menunggu ilham sebaliknya mencari... dan bila senggang, membaca banyak membantu.

MARSLI N.O berkata...

Kalau dah kaya, jangan lupa belanja saya makan nasi beriani.

mohamadkholid berkata...

marsli n o,
nasi beriani dekat restoran sebelah mega mall? tak mau! nanti ada SB main telefon kat belakang...

hamzah ian berkata...

gua dah lupa novel time sekolah dulu2.. kerusi kot

hamzah ian berkata...

bro tulis novel ni? wah.. tahniah

naimisa berkata...

salam, sdr kholid.

Tahniah! juga daripada saya.
Selamat maju & jaya.

mohamadkholid berkata...

hamzah ian & naimisa,
terima kasih

darkangel berkata...

wajib cari!

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Tuan Kholid,
Dengan sebuah novel ini, tuan sudah boleh 'pencen' menulis. Siapa kata penulis tak boleh kaya?

mohamadkholid berkata...

darkangel,
terima kasih, harap berjumpa.

ustaz azman,
pencen menulis - tak mungkin. Menulis sudah jadi darah daging. Pencen kerja sekarang, sedang dipertimbangkan...

MARSLI N.O berkata...

Sdr Mohamad Kholid: Selamat menjadi orang kaya.

MARSLI NO

Cikgu Ani berkata...

Salam. Pada bahagian permulaan novel ini, sy berasa sedikit bosan membacanya, tetapi apabila saya meneruskan pembacaan, saya tidak dapat menghentikan bacaan. Saya menitiskan air mata. Saya mahu membacanya hingga habis. Ternyata novel sdr mempunyai kekuatan sehingga terpilih sbg novel utk Komsas.Tahniah dan syabas!!!

cikgumarjana berkata...

GARAPAN NILAI KEAGAMAAN YANG HALUS DAN BERSAHAJA.......



DIHARAP BIODATA YANG LEBIH JELAS DIPAPARKAN UNTUK TEKS KAJIAN KOMSAS-- BIODATA PENGARANG

Amalina berkata...

Tahniah! Teruskan perjuangan anda. Saya pelajar tingkatan lima daripada Johor. Seronok membaca novel ini. Doakan saya berjaya dalam SPM tahun ini. Amin.

ila berkata...

pada permulaan cerita nie memang kurang faham siket.
tapi bila da bace seronok.

sya berharap sangat cikgu bole berkongsi tentang sinopsis ,latar tempat dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

slm ... saya kalau boleh mau minta plot novel kabus di perbukitan bab 9-12

Tanpa Nama berkata...

slm ... saya kalau boleh mau minta plot novel kabus di perbukitan bab 9-12

mohamadkholid berkata...

untuk sinopsis dan sebagainya, boleh ke blog cikgu razak www.kabusdiperbukitan2011.blogspot.com

ɱìɱìē ℰll◎ berkata...

salam ..
uncle , novel nie best sangat2 ..
sya dah buat smua kajian tentang novel uncle nie untuk folio BM .. bnyk sangat pengajaran yg sya boleh ambl dpd cerita nie .. sya harap , akan ada lagi novel best mcm nie .. :)

Student dari Sabah ..

Tanpa Nama berkata...

Saya pun da membacaa.... Sangat2 merasai... I'm proud to be one of your colleagues. Congrates..

Baya Hamzah

qinen berkata...

WAHHHHH. saya sukaaaaaaaaaaaa novel ni walaupun plot dia complicated sikit hehe >.<