Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, Januari 04, 2010

Enjin

Pak Wan, nelayan di Pantai Teluk Kemang balik dari laut dengan hati sugul. Mulutnya terkumat-kamit marah-marah. Cikgu Mat yang sedang pekena kopi O di gerai janda berhias, Si Miah menegur, "balik dari laut patut senyum, Pak Wan. Bukan marah-marah!"

"Manalah aku tak marah, enjin bot aku hilang dua butir," kata Pak Wan.
"Siapa yang curi?"
"Ikan paus yang telan, main sambar saja."
"Habis Pak Mat tak tangkap?" tanya Cikgu Mat sambil menjeling pada bot Pak Wan yang sarat itu. Pak Wan memang nelayan yang cekap, sebut ikan apa saja - semua pernah ditangkapnya.
"Mana boleh tangkap, ikan paus dilindungi. Yang ada tu haa... Ikan bilis penuh satu bot..."

13 ulasan:

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

he.he.he.

kakcikseroja berkata...

nasib baik paus tu tak telan bot dan pak mat sekali.. hehehe... :)

Faarihin berkata...

Assalamualaikum.. saya ziarah di sini.. (^__^)

pergh.. biar btul ikan paus telan enjin tu?.. ish2.. dasat tu.. huhuhu..

MARSLI N.O berkata...

Dengan segala hormatnya, saya, MARSLI N.O, menyatakan amat suka dan berahi ketika membaca satira ini.

MARSLI N.O
Januari 8, 2010

azura berkata...

tahniah!blog ni best!analogi yg menarik...

kak ila berkata...

hehehehe...
macam-macam

lady zaini berkata...

Salam ziarah kembali, bagus blog nih.. Lembut bahasa tapi tajam maksud tersirat :)

Wan A. Rafar berkata...

Satu analogi yang halus. Tahniah.

Mr PenyuBiru berkata...

pedas pedas...hehe

siti murni ishak berkata...

Salam..saya pun ziarah sini..:-)

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Opss

blueCITY® berkata...

uik

ingat engin ATM yg ilang 2 biji tu
hahhaah

ps:

apa yg ceh tu erk?
hahhaha

tq singgah umah birU®

Zahiruddin Zabidi berkata...

Tidak saya sangka penulis mapan seperti tuan sanggup singgah di blog saya. Terima kasih.

Salam ziarah kembali untuk tuan, semoga sudi membimbing saya insya-Allah.

Ikhlas dari,

Zahiruddin Zabidi
http://kalamkhalifah.blogspot.com/