Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Selasa, November 24, 2009

Warna Alam di Berita Minggu 22 hb Nov 2009

WARNA ALAM
Sulur menghulur
Hijau rimba raya berpamitan
Bila pucuk mencapai cita
Akar menyambung nyawa
Hilang dalam budi tak terhitung

Sungai yang mengalir
Jernih hulu membawa keruh ke kuala
Sampaikan kisah-kisah duka ke laut
Gunung semakin tua ampuh
Dan langit menjadi saksi dalam kebisuan

Inilah warna alam yang berbaur
Dari jiwa yang hilang cendekia


MOHAMAD KHOLID HAMZAH
Brinchang, Cameron Highlands
14 hb November 2009

3 ulasan:

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam bang kholid. wah, tahniah! setiap kali ada khabar atau berita tentang Cameron Highlands, ren lantas teringat bang kholid.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Tahniah,
permulaan yang cukup baik.

Rasha_rz berkata...

kalau petugas KM, pasti ada keluhan, rasa ketidak puasan hati. baguslah awak ni. prihatin sungguh. selamat terus berkarya.
ha... terlupa lak. macam mana projek kita dgn dbp? untuk dijawab 2 adik atas juga...
kak ila dah nak sign perjanjian penerbitan dah.