Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, Oktober 19, 2009

Senjata Penulis & Takah Diri


Saya fikir senjata penulis sama – buku nota, sebatang pena dan komputer peribadi. Beg sandang saya diisi dengan semua itu, juga sekeping coklat untuk memberi daya ketika putus idea. Orang lain mungkin sekotak rokok atau setin minuman coke. Beg sandang ini saya bawa ke mana-mana, urusan rasmi atau pun tidak. Lusuh kerana sentiasa bergerak dan hidup seolah tidak sempurna apabila tertinggal. Lewat kursus jabatan selama dua minggu di Vistana, saya menafaatkan sepenuhnya. Banyak pelajaran baru yang boleh sahaja digunakan kelak seperti psikologi pendera kanak-kanak. Beg sandang sentiasa berada di sisi, sedia untuk mencatat apa-apa yang terlintas di fikiran. Apatah lagi saya perlu menyiapkan beberapa skrip yang diminta penerbit, ada ketikanya catatan di buku nota lebih pantas bergerak.
Seorang sahabat yang terlalu berprasangka dengan penulis sering memikirkan dunia penulis begitu asing – menyendiri dalam ruang tertentu untuk mengarang atau bertingkah laku aneh-aneh untuk menhayati watak. Dunia saya tidak begitu, masih seperti insan biasa yang punya anak isteri dan ruang yang hampir antara manusia. Dan saya dapat melihat dari sinar mata yang aneh ketika teman-teman baru mengetahui yang saya seorang penulis. Di sisi lain, takah saya ada hadnya – kekadang seolah sudah mencapai kemuncak dan menanti masa mahu melimpah. Ah, saya perlukan ruang untuk menenangkan diri!

7 ulasan:

Masayu Ahmad berkata...

Sangat setuju. Dunia penulis penuh dengan warna-warni kehidupan. Hanya penulis sahaja yang memahaminya.

SATIRA + KACAU berkata...

Saya datang membaca.

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

bang kholid makan coklat apa? he.he. dah lama tak jumpa; berkongsi masa dan melihat semangat abg kholid yang selalu menyala.

NorziatiMR berkata...

Penulis dan idea ada dimana-mana. Diatas tisu ketika menikmati secawan kopi pun tidak menjadi halangan.

Semoga dapat terus berkarya dengan giat

kak ila berkata...

kak ila sependapat NorziatiMR. kak ila tak pernah membawa laptop ke mana2, buku notak jg jarang.malah ditpt kerja tak ramai yg tahu kak ila - penulis.apa yg berkaitan dgn kerja hakiki, kak ila adalah orang biasa. malah sewaktu 3 hari kursus di Palm Spring baru2 ni, kak ila adalah kakitangan awam yg dihantar jabatan utk mengikuti kursus pengurusan stress.kursus yg santai tak perlukan nota.cuma sewaktu penceramah berceramah,kak ila rajin mencatat. bukan sahaja tips2 yg menjadikan kita stress, ttp setengah dari ayatnya yg kak ila anggap menarik. kwn2 sekursus hairan.kak ila hanya senyum. kak ila kata : saja... ayatnya menarik & saya tertarik.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Ya, ya, tak tahu Cemeron ada kilang coklat. Kilang teh ada la. :)

MARSLI N.O berkata...

Sdr MK: Lama tak bergerak. Tengha fokus novel baru? Bagus.