Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Selasa, Julai 14, 2009

Perjalanan ke Bah Renyis







Nama Bah Renyis mungkin tidak pernah kedengaran di deria pendengaran pemimpin negara. Kami bertolak jam lapan pagi dengan kenderaan pacuan empat roda dan hanya sampai jam 11.30 pagi. Dua jam off road mendaki banjaran Titiwangsa yang begitu mencabar dan satu jam berjalan kaki menuruni kaki gunung yang membuatkan kaki bagai mahu tercabut. Perkampungan Bah Renyis terletak di Pos Mensoon, beberapa batu di antara Lembah Bertam dan Pos Telanok. Dari Lembah Bertam, meredah jalan yang sedang dalam pembenaan yang kelak akan menembusi Banjaran Titiwangsa ke Felda Sungai Koyan, Raub ke Pos Mensoon. Sebuah pusat kelompok kampung-kampung Orang Asli yang lengkap dengan sekolah dan asrama. Kami jangkakan jalan dari Pos Mensoon ke Bah Renyis ‘indah’. Ternyata tepat – jalan tanah merah yang berlubang dan berbatu-batu besar terbonjol di sana sini. Setelah bertanya beberapa orang, jalan (atau lebih jelas dipanggil denai) ke Bah Renyis ditemui. Sebuah kampung Orang Asli yang terletak jauh di tengah rimba. Sejam membetis, kami meniti batang kayu merentangi sebuah sungai kecil dan inilah kampung yang kami cari-cari. Sebuah kampung Orang Asli dengan sembilan buah rumah (pondok).

Terletak jauh di tengah rimba, tidak menghairankan jika semua kanak-kanak yang dilahirkan di sini tidak pernah menjejak kaki ke sekolah. Apa yang menyentuh perasaan bila mendengar kebiasaan mereka hanya membeli sebeg beras 15 kg untuk sebulan. Beras itu akan dimasak berselang seli. Kadang-kadang seminggu tidak masak nasi, hanya makan ubi kayu. Binatang hutan sudah tiada. Jangankan rusa atau napuh, kancil pun sudah jarang-jarang kelihatan. Jerat tidak pernah mengena. Paling mewah jika babi hutan terkena jerat. Itu pun hanya sekali dua dalam setahun. Tidak menghairankan jika dilihat jumlah hutan yang telah dibuka. Kebun-kebun sayur menghijau di puncak-puncak gunung. Sungai sudah berwarna darah. Hutan inilah dunia mereka, bukan salah mereka tidak mahu hidup di luar – tapi hutan inilah kampung halaman. Mereka berada di dalam persekitaran ekologi ini dan unsur luar sedang mengasak, memusnahkan.
Gambar 1 - Kebun sayur di puncak gunung
Gambar 2 – Salah sebuah kampung di Pos Mensoon

Gambar 3 – Mereka tidak pernah ke sekolah

12 ulasan:

sf berkata...

Kalau pergi sekolah pun, boleh demam budak2 ni belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris (dululah). Aku terfikir kenapa ya PPSMI masa nak dilaksanakan laju sahaja, tapi bila nak berhentikan memakan masa dua hampir 3 tahun, kenapa ya?

Rasha_rz berkata...

untuk mencapai kemajuan semua perlu berkorban. kengkadang berkorban untuk orang lain. semoga pembentangan ini membuka mata orang2 berwajib. taniah dik. teruskan usaha murni awak.
apa2pun, SCL dah terbit. 25,26hb ni kak ila di PNM. 1 & 2 ogos pula di PKNS shah alam. jom? boleh ngobrol2.

hanisah berkata...

mereka ini, perlu diselami apa masalah mereka. kekekokan mereka terhadap kemajuan pasti bersebab - aku percaya mereka ada tanggapan yg negatif sebab pengalaman hidup itu, sebab itu mereka menjauh. yg aku boleh agak, mereka ini mangsa pembangunan yang fobia.(terfikir pula mereka seperti hidupan hutan yg terancam lalu meliar jauh ke dalam. sedih sekali sebab mereka ini manusia yg harus berada di tengah masyarakat!)
Di mana pihak bertanggungjawab yang muncul pada musim2 tertentu?

Poliklinik Salehudin berkata...

asm.
mereka tu saudara kita.saya dengar orang dulu2 kalau ziarah saudara akan membawa beras dan lauk.tembakau.gula.garam.agaknya berapa kampit beras u bawa ye?elok kalau organize kutip derma untuk mereka.eh ada beras 15kg satu beg ke?siapa yang bagi tazkirah kali ini?

Poliklinik Salehudin berkata...

asm.
mereka tu saudara kita.saya dengar orang dulu2 kalau ziarah saudara akan membawa beras dan lauk.tembakau.gula.garam.agaknya berapa kampit beras u bawa ye?elok kalau organize kutip derma untuk mereka.eh ada beras 15kg satu beg ke?siapa yang bagi tazkirah kali ini?

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Kholid,
Kalau buat travelog, aku org pertama beli.

nooryahaya berkata...

hutan punca rezeki mereka, macam supermarket bagi kita. sebab itu mereka semakin meminggir masuk kedalam hutan. lebih dekat dgn punca rezeki mereka.
jalan penyelesaian senang saja.. kerajaan perlu beri mereka pekerjaan, dan di bayar gaji yg dapat menampung keperluan mereka. supaya mereka dpt membeli keperluan dgn wang hasil gaji. sah mereka ada masalah utk buat quantum leap from hunter gatherer and itinerant farmer to city dweller. a job and a role would solve that.
tak ada kelulusan? tak boleh membaca? adakah itu masalah besar?

Maity berkata...

pernah pergi melawat perkampungan asli di ulu kelantan. menyusur ke sana menggunakan rakit selama hampir 2 hari. alhamdulillah mereka mendapat sedikit kemudahan seperti sekolah (wlwpun bilangan cikgunya cuma 3-5 orang shj). dan lebih penting mereka muslim...

NorziatiMR berkata...

Teringat dahulu sertai survival course. Berjalan kaki dari Tanah Rata hingga ke Pos Tiat.

Memang kerja gila!

Rasha_rz berkata...

kak ila pun penduduk Perak, tapi tak pernah dikenali di Perak. Ops, lama tak berkunjung ke sini. ini sekadar membalas lawatan adik...

Rasha_rz berkata...

cemburu kat budak ni, blh tidor lama2. berkarya kut...? salam ramadhan dik

JHaZKiTaRo berkata...

salam ramadhan dari penuntut di bumi Eire.. blog hopping.. rajin2, lompat laa ke blog hamba.. :)