Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, Jun 29, 2009

Pencen

Tuan Haji A (Rancangan 360 – Mazidul pun kaburkan gambar, nama terpaksa disingkatkan untuk menjaga kerahsiaan) terkenal sebagai seorang ketua yang sentiasa tepat, cepat dan betul. Tiada kompromi atas sebarang kecuaian. Dihormati (Atau ditakuti?) oleh hampir setiap kakitangan bawahan. Ketika bersara, ada majlis resensi dengan perkataan yang muluk-muluk di hotel berbintang. Tuan Haji A pulang dengan tempat duduk belakang kereta penuh dengan jambangan bunga selamat berpisah dan hadiah cendera hati berbagai. Tapi jiwa Tuan Haji A kosong selepas bersara – tak tahu apa yang harus dibuat. Tiada lagi orang minta tandatangan dokumen itu ini. Tiada lagi keputusan mesyuarat yang perlu diputuskan. Tiada lagi orang yang mahu melayan dia – ketiak dia menyuarakan pendapat yang keluar dari mulut bagai butir-butir mutiara.
Apa jadual hariannya? Pagi bangun dan pergi ke kedai beli suratkhabar. Balik baca di meja makan sampai pukul 10.00 pagi. Temankan isteri memasak atau kekadang melawat cucu. Pergi ke masjid waktu Zohor dan Asar, juga Maghrib dan Isyak. Tutup mata pukul 10.00 malam.
“Aku dah jadi macam orang pencen yang lain – sama pangkat – orang tua pencen, tiap bulan cucuk kad di BSN. Sama juga macam PAR (Pekerja Am Rendah) yang kerja bawah aku dulu,” rungut Tuan Haji A.
“Pakcik pencen PAR tu buat apa sekarang?” tanya Saya.
“Oh, dia hebat. Jadi Imam ganti di masjid. Aktif hal-hal masyarakat, jadi jawatankuasa itu jawatankuasa ini. Kira tak macam orang pencen PAR lah,” jawab Tuan Haji A kagum. Nada suaranya kemudian menurun, “orang tak peduli aku. Pekerja yang ada pun bila nampak aku menyisih. Lebih baik jadi PAR dari jadi pengarah.”
“Tuan Haji, kerja kita di pejabat 8 jam sahaja. Dalam sehari ada 24 jam. 16 jam lagi sepatutnya dibahagikan untuk keluarga dan masyarakat. Kerja bukan segala-galanya, Tuan Haji,” kata Saya.
Mata Tuan Haji A merenung saya dan saya hanya melihat kekosongan.

8 ulasan:

ideamenulis berkata...

Saya ada hasilkan sebuah artikel tentang hal ini, orang pencen yang aktif dengan aktiviti berfaedah (sabar menunggu untuk disiarkan), yang tentu lebih baik dpd orang pencen RTM (Rehat Tidur Makan @ Rehat Tunggu Mati).

Poliklinik Salehudin berkata...

asm
kelemahan orang melayu yang ini cukup jelas.mereka sepatutnya sibuk membuat amal kebajikan, amal jariah,sukerelawan kata orang.buat le apa saja, khidmat untuk masyarakat.banyak yang olih dibuat dinegeri sendiri, apatah lagi dinegeri orang.tapi nak ke negeri oang, banyak belanja le pulak.kalau nak jimat joint mercy malaysia.dimesjid pun kalau takmalu, bersih2 kan le tandas.kalau malu tunggu masa tiada orang.kerja2 sampingan pun banyak, contohnya cashier, jurupam minyak.kalau mahu.

soalnya dia sudah biasa menyuruh dan menunggu orang minta pendapat dia.jadi mati akal le dia.

biasanya orang yang duduk saja , joint kelab POP ni memang tak lama.peluh tak keluar, cholesterol pun menyumbat urat darah dia. heart attack.

kak ila berkata...

kak ila berangan nak buat macam2 bila pencen nanti. macam2 hal yang sewaktu bergelar pekerja ni, tak mampu dilunas dengan baik. tapi nanti bl pencen, dah timang cucu pulak. dulu anak sendiri bagi orang jaga, cucu nanti mesti tak gamak nak biar pengasuh jaga. maklumlah dulu tak puas main anak, bila dah dipanggil nenek, nak balas dendam le. habis, macam mana nenek nak buat macam2 hal yg teringin nak buat sekarang? hem... entahlah. nenek ila duduk le rumah, hayun buaian cucu. itupun kalau umur mencecah pencen.

sf berkata...

sbb tu kita kena kerja sendiri, berhenti dari makan gaji dengan orang. Untuk sementara ini, aku terpaksa, tapi sampai masa Insyallah, bekerja sendiri lagi seperti dahulu. Kau tak teringin nak kerja sendiri ke takut untuk kerja sendiri, bro?

SATIRA + KACAU berkata...

Hi.Hi.Hi. macam satira jugak nih.

Satira+Kacau

Zayu Hisham berkata...

Dunia pencen biasanya macam itulah, tetapi jika lebih kreatif dan mahu lakukan sesuatu yang lain, rasanya tiada masalah. Sumbangan idea, tenaga atau wang tetap boleh dihulurkan kepada yang memerlukan.

hanisah berkata...

hmm ada juga orang fikir begini ya... saya selalu jupa orang yang taksabar nak bersara sebab ada macam2 perkara yang mereka mahu lakukan. kakak yang pencen dua tahun lepas dah kerja lain. ada pencen baru ni mahu rehat senang2 main dgn cucu. kakak yg mahu pencen tahun depan mahu buka perniagaan bersama suami dan anaknya yg baru habis belajar. Saya? saya kalau boleh bersara setahun dua lagi tentulah mahu belajar lagi menulis

Najwa Aiman berkata...

Aku suka ni!

Haji A mesti jadi blogger semasa dia belum pencen du;u, kumpul follower bebanyak, lepas tu baru boleh pencen dengan aktiviti kemsyarakatan secara siber. Kan? Bukan ke? Ke?

Kalau betul, maka semua orang gomen berpangkat Penolong Pengarah ke atas mesti dibenarkan blogging dalma waktu kerja... eheks...