Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, Jun 15, 2009

Kuala Kubu Bharu – Kiri Kanan Bukit (KKB)


Itulah tafsiran awal yang diberikan seorang pengajar di Institut Latihan Kebajikan KKB ketika kami mengikuti kursus sebulan selepas dilantik. Memang itulah tafsiran paling tepat – kiri kanan bukit. Untuk ke pekan, berjalan kaki menyusuri Taman Sinar Harapan dan Maktab Polis KKB sebelum ke jalan utama. Hubungan ternyata akrab – maklumlah sebulan ditempatkan di 4 buah dorm besar. Siapa sangka KKB juga rupanya tempat posting pertama dan diam tak diam 16 tahun menjadi warganya. Sehingga sekarang, walau pun sudah bermukim di tanah pergunungan ini – sebulan sekali akan turun ke KKB. Rumah lama di 125, Jalan Syed Manshor terbiar usang. Dapurnya sudah runtuh, yang tinggal rumah utama sahaja. Sayangnya rumah ini terbiar – tidak adakah inisiatif dari kerajaan negeri yang baru membaikinya? Dahulu, penghuni diminta mengosongkan rumah ini dengan alasan mahu dibangunkan apartment baru buat kuarters kerajaan. Bila bertukar kerajaan – usaha ini tidak dilansungkan. Di sinilah aku menaip ayat-ayat awal untuk Novel Kabus di Perbukitan dan juga merangka watak-watak untuk Penyiasat Ekstrovert – Terowong Rahsia. Sebuah galeri kelihatan sedang disiapkan di sebuah rumah beberapa meter di belakang rumah terbiar ini – Galeri Seni dan Sastera Hulu Selangor. Belum ku lihat lagi apa yang dipamerkan di galeri ini. Tapi yang pasti sepohon durian di belakang rumah terbiar ini sedang berputik di hujung julai. Alangkah, teringat keenakkannya – lekat di anak tekak. Kalaulah rumah terbiar ini mahu dijual kerajaan negeri – aku pasti jadi orang pertama yang mahu membelinya. Alangkah...

9 ulasan:

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam abg kholid,
sudah lama rasanya tidak ke KKB; sejuk hijau dan dingin rimbun. ke sana biasanya saya ke IKBN.

mohamadkholid berkata...

IKBN sudah berpindah ke ampang pecah. cantik juga kawasannya - berhampiran darul qur'an - masjidnya jadi latar karya sahnon yang terbaru...

ILHAM HAMDANI berkata...

Lama Pak Kholid tak menulis. Rindu jadinya!

SITI ZAINON ISMAIL berkata...

saya pun dah dihubungi oleh pengurus galeri seni dan sastera tu. rasa rindu juga nak ke KKB. Dulu memang berulang alik kerana menjadi ahli lembaga Rumah Sinar Harapan tu...eheh kedai kopinya masih berwap wangikan Cik Kolid

Rasha_rz berkata...

kolotnya kak ila kan? tak pernah sampai ke KKB. teringin juga nak ke sana. tengok kehijauannya.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Kholid,
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencari ilham.

Poliklinik Salehudin berkata...

asm
saya setuju kkb satu tempat yang sesuai untuk settle down, bila pencen. umat melayu pun ramai, pembangunan dijangka tidak berapa rancak,tempat masih sejuk kerana masih banyak pokok.tenguk le kalau ada rezeki.

ekspresi berkata...

bagus juga dapat menulis di tempat yang jauh dari bising manusia...

anyss berkata...

KKB? Mmmm sejuk je hati baca Kabus di perbukitan.