Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Rabu, Mei 06, 2009

Mat Rempit, Bohsia, Peragut dan Dadah


Lama dahulu, ketika aku bertekad mahu meninggalkan agensi yang secara terus menangani masalah dadah – ada kawan-kawan yang bilang aku ‘takut memikul tanggungjawab’ atau bahasa kasarnya – pengecut.

Mungkin benar aku pengecut, lari dari tanggungjawab tetapi lebih besar ‘dosa’nya jika aku kekal dalam agensi dan tidak mampu buat apa-apa. Mat rempit yang menjadi fenomena di mana-mana kini sama ada di Hulu Terengganu atau di Jalan Raja Laut adalah titik-titik hitam yang berkait terus dengan dadah. Mula-mula lepas sekolah, bapa beri motor – untuk pergi sekolah atau tolong bapa belikan rokok mulanya. Kemudian terasa seronok bawa motor laju – hormon aderalin meningkat – masuk pula kumpulan mat rempit. Apa lagi dengan dengan piala yang cantik molek dan boleh dikongsi secara bergotong-royong. Kerja kes ketika mengambil kursus kaunseling membawa perkongsian kisah mat-mat rempit – tiada mat rempit yang menafikan pengaruh dadah – ganja, ice, pil kuda dan sewaktu dengannya. Itulah yang menjadikan keasyikan dunia video game ke alam nyata. Dunia mat rempit, bohsia dan peragut – itulah dunia ilusi dadah yang gagal ditangani secara total oleh mana-mana agensi penguatkuasaan pun. Dunia yang tidak pernah tersembunyi – ada di mana-mana secara terbuka dan diakui sesiapa saja pun. Ketika ada agensi yang bergelut dengan masalah tugas apa yang sebenarnya harus dilaksanakan – rujuk disini http://www.hanyapandangan.blogspot.com/ – mat rempit @ peragut sentiasa berleluasa. Ada sahaja wanita yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Dan paling memilukan ada pula yang mahu menjadikan mat rempit sebuah filem yang mendidik. Seperti kata seorang pensyarah sebuah IPTA – “bukan mempotret wanita berbogel tetapi itulah pembelajaran nilai seni.”

Depan Majlis Bandaraya Ipoh
(jalan ditutup pada malam minggu - ramai mat rempit berkumpul)

7 ulasan:

Eskapisminda berkata...

Mat Rempit filem yang mendidik? Silap. Semakin banyak disebut-sebut, ditayang-tayang, dilakon-lakon...semakin HANGAT lah namanya. Dulu Mat Rempit haprak. Sekarang siap dibayar oleh produser untuk babak stunt (filem mengenai mereka jua). Sekarang jadi Mat Rempit rasa macam best. Apa kes.

Najwa Aiman berkata...

Huh? mat rempit dapat upah berlakon ek? Ekekekekeke... Nak kena ajar muda-mudi berjinak-jinak dengan aksi stunt motosikal secara profesional ni. Kena ada orang yang tingi kesedarannya untuk bantu tubuhkan firma/organisasi di mana mat-mat rempit sedia ada dilatih untuk menjadi jurulatih stunt. Lepas tu boleh berdikari dengan sikit sokongan dpd pemerintah sebagai permulaan. Hmmm... Rasa2nya Jack boleh handle tak, Kholid? Ekekekeke...

kak ila berkata...

entahlah ye...? bila bercakap pasal gejala sosial,ibu bapa dipersalahkan. konon tak pandai jaga anak, biarkn anak. Tapi tahukah semua, betapa i tanpa kasih sayang. tahukah dunia, betapa ibu bapa bertungkus lumus nak menjadi kan anak2 mereka yg terbaik? dalam masa yg sama kena bekerja siang malam, kang asik hidang kasih sayang, perhatian je, perut lapar. sekolah kena bayar, buku kena beli. akhirnya merayu pada BERSAMAMU. anak2 pandai tapi tak sekolah, sebab....?
lu fikirlah sendiri.

Rasha_rz berkata...

ebook tu tak mahal mananya dik. tak habis RM50. dapat lagi free novel karya penulis ebook. kalau awak nak tau lebih lanjug, blh saja email saudara nasarudin. emailnya ada di blog kak ila

MYA MARJA berkata...

Assalamualaikum,
Perkara yang buat jiwa anak muda seronok bergelora, itulah yang diadaptasi. Untung juta-juta tu.

Rantong berkata...

Salam ziarah. Sekadar membuat hebahan untuk kepentingan ummah.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

Tanpa Nama berkata...

Ipoh itu tempat aku tinggal Lid