Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Jumaat, Mac 27, 2009

Aku, Awak & Kamu


“Hari itu kamu ada hubungi syarikat kami dan meminta menghantar invois bukan?” tanya seorang ekskutif jualan wanita berbangsa Cina. Terasa berdesing telinga seorang sahabat bila perkataan ‘kamu’ digunakan. “Kurang ajar bila dia bercakap begitu,” kata sahabat saya itu. Situasi kedua, seorang pemanggil yang mungkin berpangkat besar – tapi melalui telefon, manalah orang tahu pangkatnya kalau tidak memperkenalkan diri, cukup mengamuk bila si pejawab telefon menggunakan gantinama diri ‘awak’ kepadanya. “Awak gunakan awak kepada saya?” jerit pemanggil itu. “So rude!” Situasi ketiga, seorang sahabat membahasakan dirinya aku sering dijeling orang yang berkomunikasi dengannya. “Apa salahnya aku kata diri aku, aku?” tanya sahabat saya itu. “Hina sangatkah? Sedangkan kalau kita berdoa pada Allah tidaklah kita kata – Ya Allah ya tuhanku, ampunkan dosa saya... sebaliknya ampunkan dosa aku.”
Kalau zaman purbakala – aku atau saya itu dibahasakan menjadi hamba – hamba yang hina. Terlalu merendah diri. Jika awak atau kamu menjadi tuan. Mungkin sekarang kita perlu berubah, gunakan gantinama saudara atau saudari...

3 ulasan:

Najwa Aiman berkata...

Guna you dan I untuk urusan sebegini okey tak? Perkataan-perkataan tu pun dah diiktiraf dalam Kamus Dewan.

mohamadkholid berkata...

You dan I kadang-kadang bila diguna dengan orang yang pangkat besar-besar, kecil2 matanya tengok kita - mungkin tafsirannya U dan I tu untuk rakan setaraf saja...

nooryahaya berkata...

org melayu ni masih di zaman purbakala, ops zaman feudal. sesama manusia masih memandang pangkat dan harta. padahal kita ni sama saja. begitu juga yg keturunan jawa. yg jawa tu lagi steep in darjat, keturunan, pangkat dan harta. tak caya cuba kaji bahasa jawa halus/kasar tu. dulu kalau cakap bahasa jawa kasar dgn org tua, itu kurang ajar tu. tak ada adap sopan.
sudah sampai masa nya kita tinggalkan semua ni.