Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Khamis, Februari 12, 2009

Melayani Writer Block


Buka laptop, buka word, pandang sahaja skrin yang putih menunggu baris-baris aksara ditaip. Seminit, dua minit… Sedar-sedar sudah setengah jam. Hal ini bukan asing kepada sesiapa pun yang menulis. Kebelakangan, itulah yang mengekang hidupku. Sungguh pun begitu, bukan tidak menulis lansung tetapi kelestarian dalam menulis novel tidak dapat dilakukan. Dua bulan ini, hanya skrip-skrip drama yang agak ringan sahaja yang berjaya diolah. Senarai kerja penulisan – sebuah cerita kanak-kanak bersiri yang separuh jalan, sebuah buah novel yang juga separuh siap, macam projek terbelangkai JKR dan juga sebuah novel yang dijanjikan siap Disember lalu – masih lagi dua bab akhir yang perit.
Melayani writer block perlu bijak agar yang tak siap dapat juga digerakkan sedikit demi sedikit. Kalau diikutkan rasa, mahu sahaja berkubur tanpa bernisan. Jadi untuk itu, saya menulis juga – skrip drama radio dan beberapa sinopsis untuk Penyiasat Ekstrovert, juga sebuah sinopsis novel inspirasi untuk OKU yang boleh dimulai pada masa akan datang. Jika berhenti lansung menulis, tentu sangat payah untuk memulakan semula. Apatah lagi bila sudah selesa tak menulis. Kata sifu saya, Zaharah Nawawi – menulislah setiap hari. Selepas pemergian almarhum ayahanda saya tempohari, hampir sebulan saya tidak menyentuh laptop. Untuk memulakannya – selama dua hari saya merenung skrin yang putih itu tanpa dapat menulis apa-apa. Mujurlah Zuraidah Mohd Noh, penerbit drama radio menghubungi saya meminta saya menyiapkan beberapa drama radio pendek. Itulah yang memangkinkan.
Setiap penulis tahu, keadaan ini sangat menderitakan. Untuk keluar dari penderitaan ini – kita perlu menulis. Dan saya melakukannya dengan perlahan, memulai dengan skrip drama radio pendek, sinopsis novel dan kemudian menyambung cerita bersiri Karyanet seperti yang dipinta Rohana, DBP. Jumlah muka surat yang ditulis pun mulakan dari sebaris, jadikan seperenggan dan kemudian semuka surat. Sehingga hari ini saya masih belum dapat menulis 5 muka surat sehari. Sedangkan ketika menulis Rahang Maut, saya mampu menulis satu bab dalam sehari. Ya Allah, berikan hamba Mu ini kekuatan, Amin!

Tanah Rata

13 ulasan:

kak ila berkata...

memang kekadang kita dikekang buntu. untuk bermesra dgn watak & plot rasa tegang benar. tapi kadang tu, rasa mudah sangat. lancar jari sampai sedar2 rasa lelah benar 10 jari. rupa2nya dah selesai 2 - 3 bab. itulah rezeki Allah... bersabarlah di samping berdoa dan teruskan berusaha. jangan sekali2 tinggalkan pc sepi, nanti dia merajuk. hehehehe pandai pulak kak ila menasihati penulis hebat ni. sorry dik, sekadar sedikit pujukan.

Serunai Faqir aka SF berkata...

Ya, saya di dalam perihal block-block an ini. :(

Sy berdoa agar dapat segera keluar dari blok-blok ini. Amin.

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam abg kholid. inilah
antara sekian derita dilalui penulis, ya. dan yang membimbangkan bila saya berhutang manuskrip dengan yg dijanji. aduhai, berikan kami kekuatan.

ren.

Samudera Tinta berkata...

Salam saudara kholid,

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.

Saya juga minat menulis. cuma mungkin kerana tidak mengikuti bidang tersebut secara formal. dan kadang2 tiada banyak masa. juga skill yang tidak tajam. =)

Rasha_rz berkata...

macam mana dik?dah lerai dai block2an?bl nak hantar? hehehehe... p/s : bagi tuan rumah sakit hati. bila sakit hati, mesti berusaha lagi gigih.

ABDUL LATIP berkata...

Assalamualaikum,

Saudara semakin aktif menulis. Syabas. Adakah saudara juga menganggap Mat Kilau itu penderhaka?

MARSLI N.O berkata...

Sdr MK: Ini memang rangkaian blog untuk kroni sahajakah? Saya mencari-cari di mana rangkaian saya. Ha ha Ha.

kak ila berkata...

tido kot budak ni? sonyap... jo

hanisah othman berkata...

salam lid, aku selalu ingat masalah masa adalah kekangan utama nak menulis. tapi kadang-kadang masa dah lapang, laptop dah ada, takdak sapa kacau pun; pun ada masalah. masalah mud tak ada... hohoho
aku dah pautkan blog hang ke blog aku.

ekspresi berkata...

salam,
banyak projek penulisan. bagus, teruskan.

kak ila berkata...

kak ila jelours tegok adik ni boleh tidur.... je. tak jengah ke rumah dia ni.
hehehe......

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam bang kholid,
lama menyepi? ren harap dan doakan abg kholid sihat, sedang menekuni karya terbaru. bang, imbaslah kulit2 buku/novel abg kholid & letakkan di sisi/sebelah kanan.

sampai bersua, ye.

Indah Hairani berkata...

Salam...setiap orang akan mengalami waktu-waktu kelam dalam berfikir dn mencari idea..tidak selalu kita alami idea mengalir seperti air..itulah sebenarnya cabaran buat seorang penulis..
wassalam