Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, September 08, 2008

Ketika Suhu Jatuh 18˚C





Sudah seminggu hujan turun silih berganti dengan mentari yang memancar. Kadang-kadang, titis hujan yang sangat halus seperti debu dipanah mentari lembut menerbitkan warna-warna spektrum. Ketika musim tengkujuh melanda Utara, pergunungan ini pun dilanda kedinginan. Suhu siang jatuh sehingga 18˚C dan bila menjelang dinihari 15˚C. Teman sepejabatku yang baru beberapa bulan bertugas di pergunungan ini mengenakan dua lapis baju dan windbreaker ke pejabat. Masih tidak tahan kedinginan, lewat tengahari dia memakai sarung tangan dan mafla. Wah, bagai di luar negara kala menahan angin dingin musim luruh.

4 ulasan:

Nazmi Yaakub berkata...

nasib baik tak turun salji

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Kholid,
Ni macam fragmen novel jah, hehe

al-Kurauwi

Imran Yusuf berkata...

Assalamu'alaikum Tuan Kholid,

Wah sejuk tu, tentu perut pun cepat merasa lapar.

Makan steak 2 pinggan pun tentu boleh habis!! :)

irsha berkata...

masa kat albania musim sejuk. tgh tido. letrik putus. heater tak berfungsi. selimut dgn 'toto' pun sejuk giler cam nak beku.