Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Rabu, September 17, 2008

AKU BERADA DI DALAMNYA

Aku benar-benar terganggu. Ia sebuah novel yang penuh dengan fikiran baru – politik, kemanusiaan, agama… Sedaya mungkin. Menulisnya, seperti bergerak dalam baris-baris aksaranya. Menulisnya, membuatkan aku memisahkan diri sebentar dengan dunia – drama tv, cerekarama, telenovela, AXN, Hallmark… Menulisnya, menjadikan aku racau! Aduh, bilalah hendak siap novel yang satu ini. Aku fikir, penulis novel hatta cerpen mempunyai rasa yang sama seperti yang pernah ku lalui ketika menghasilkan Kabus di Perbukitan, Desir Angin di Pergunungan (yang telah diterbitkan DBP) Mentafsir Cinta di Rahang Maut, Mengejar Pelangi Pagi (masih diselenggara di rumah penerbitan) Dunia racau yang aku berada dan berfikir di dalamnya kini pada bahagian keempat. Doakan aku langsaikan novel ini segera mungkin. Aku pohon. Supaya racau ini segera berlalu.

3 ulasan:

ideamenulis berkata...

Ada 2 novel berjalan serentak kini. Memang, memang racau dan kacau. Mesti disiapkan segera. Sebenarnya kedua-duanya baru disambung semula setelah beberapa bulan ditinggalkan. Itu satu lagi jenis racau untuk kembali racau dalam kesinambungan cerita dan konflik. Doakan saya sekali.

sf berkata...

Kholid, ada berita terkini, 'Mengejar Pelangi Pagi' menurut editor tersebut tidak jadi diterbitkan, hanya cerita kanak-kanak sahaja yang akan diterbitkan. Dan selamat berpuasa bro ...

ainon mohd berkata...

Ya Allah, kabulkanlah doa sahabatku ini. Amin.