Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, Ogos 25, 2008

Mee Udang Kuala Sepetang

Kuala Sepetang terkenal dengan makanan laut. Bot-bot nelayan berlabuh di jeti kampung air dengan muatan penuh kerang. Berguni-guni, bersusun di geladak. Laut yang kaya dengan hasil perikanan, hasil rimbunan pohon-pohon bakau yang menghijau indah. Anak-anak merengek, minta tidur semalam di chalet jabatan hutan yang terletak di tepi sungai di bawah payungan pohon-pohon bakau minyak, api-api dan lindungan piai raya. Malangnya tanpa perancangan kami merasakan waktu lain lebih sesuai. Tambahan pula esok tiada bot yang boleh disewa untuk menjelajah Hutan Simpan Matang ini.
Kata orang, jika ke Kuala Sepetang – rugi jika tidak menikmati mee udang yang terkenal itu. Kami singgah di sebuah gerai milik Salleh di tengah pekan. Sejak tahun 1956 telah dikenali ramai menghidangkan resepi mee udang. Gerainya terbuka, dengan zink dan dinding separuh, dawai pagar yang berkarat corak 50an. Sentiasa penuh, kata orang – gerai penuh itu tanda masakannya enak. Mee udang yang dihidangkan, penuh dengan udang. Saya kira timbangan udang melebihi timbangan mee. Hampir 15 ekor untuk hidangan. Itupun mee udang biasa – bukan mee udang special. Menurut kata pemilik gerai, mee udang special – udang yang digunakan lebih gadang lagi. Ayuh, jika ke Kuala Sepetang – nimatilah mee udang yang enak ini.

(gambar atas - Anak buah kesayangan ini tertidur menunggu Pak Long dan Mak Long menikmati mee udang. Gambar bawah – apa macam? Enak tak?)



3 ulasan:

Wan Nor Azriq berkata...

Salam abang kholid,

Saya sedang membuat eksperimen di blog saya.Kalau ada masa,datanglah berikan pendapat.

Terima kasih.

Poliklinik Salehudin berkata...

assalamualaikum
dah lama benar saya tidak gi kuala sepetang.10 tahun dulu saya pergi pun cuma ronda2 berkeliling pekan tu, masalahnya anak2 saya tidak berminat untuk menjenguk suasana sekeliling.itu yang merencatkan program yang sebenarnya.well anak 2 mana minat pasal ecotuorism. dah biasa dengan kuala lumpur yang gah.kena masukkan banyak lagi gambar..

Rasha_rz berkata...

amboi, sicomel tu mimpi makan mi udang ke apa? sedap benar nampaknya cik abang makan