Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, Mei 26, 2008

Keluh Kesah Si Penulis


Seorang sahabat, juga penulis yang sedang meningkat naik menemui saya ketika mencicip enaknya kopi arabic beans. Hujan renyai telah sirna dan kepul-kepul kabus putih merobos tingkap-tingkap terbuka dari Gunung Berembun. Saya selesa menikmati kepanasan kopi dalam mug putih yang ditekap dengan kedua belah telapak tangan.
“Mana mungkin penulis malaysia boleh hidup dengan hanya menulis,” cetus Sahabat, juga memesan kopi yang sama. “Nilai cerpen kita di akhbar perdana hanya bersamaan dengan 20 atau 25 mug kopi ini.”
Ah, begitu murahnya cerpen. Apa lagi jika puisi.
Melihat saya diam, Sahabat terus sahaja bertanya, “aku sudah baca banyak entri anda dalam blog – nampak seperti terlalu yakin menulis boleh membahagiakan hidup. Jadi kenapa sahaja tidak berhenti kerja?”
Saya ketawa besar. “Sudah terlambat sekarang. Hutang sudah terlalu banyak, koperasi, kereta dan macam-macam lagi. Kalau mahu berhenti kerja dan tumpu penuh-penuh dengan menulis, kena ada pelan bertindak.”
“Pelan bertindak?”
Begini, bilang saya lalu mencapai buku nota dan pen stabilo yang paling murah tetapi paling menyenangkan. Kerana tulisannya lancar, secepat buah fikir yang bermain di minda. Tahun pertama, tulis 5 buah novel yang boleh dijual – laku keras maksudnya. Apa-apa sahaja lah – fiksyen kanak-kanak, cinta islami ala ayat-ayat cinta, sci-fi, hantu ala tamar jalis, novel motivasi – apa-apa yang sesuai dengan citarasa. Yang nyata bukan sastera berat. Tahun kedua, tulis 5 novel sedemikian lagi + satu novel sastera yang beri kepuasan tinggi atau kumpulan cerpen atau puisi. Tahun ketiga 5 novel lagi dan satu novel sastera berat juga. Tahun keempat, tahun penyudah kena 5 buah novel laku keras lagi. Dengan 20 buah novel, yang laku keras, yang diulangcetak setiap tahun akan menjana royalti lebihkurang 30 ribu ringgit setahun. Tak cukup untuk hidup sederhana? Tak cukup untuk sesekali melancong ke Medan atau Batam atau Hatyai, mencari udara baru?
“Bolehkah novel kita diulang cetak setiap tahun?” tanya sahabat itu lagi.
“Tentu, yang penting apa isinya dan siapa penerbitnya. Kalau penerbit tidak bagus, isi novel yang bagus tidak guna juga,” jawab saya sambil menghabiskan baki kopi mahal itu.
“Lama pelan tindakan itu. Empat tahun...” keluhnya.
“Mana mungkin hendak cepat-cepat. Rancangan Malaysia ke 9 pun masih ada yang dirancang, walaupun sedang berjalan!”
Tanah Rata

6 ulasan:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Assalamualaikum, Kholid
Aik, awat cerita tentang majlis pelancaran novel tek 'diberitakan' lagi di sini? Saje tanye.

kak ila berkata...

betul tu kholid...
ha, syarikat penerbitan mana yg bagus ha? yg memasarkan novel kita dengan jujur, lancar dan... pendeknya semua yang baik2 lah? yg boleh bagi pulangan membransangkan pada novelis? kasi tau kak ila, kak ila nak berunding dengan dia, ni ada mskrip siap ni.dah gatal nak hulur.

mohamadkholid berkata...

ustaz,
dah keluaq dah... wah, bukan main hensem lagi!

kak ila,
syarikat yg sebelum2 ni tak baguih ke?

zulkhair berkata...

Menulis dari satu sudut adalah bisnes. Ikut hukum adat, mana ada bisnes tup tup menjadi lainlah kalau seluruh Cameron Highland tiba-tiba diserahkan kepada hang atau ada kabel sebesar menara rumah api di Pulau Batu Putih. Hukum adat 3-5 tahun untuk 'berjaya' boleh diterima buat masa ini.

Menulis juga kadang2 dianggap sebagai kerja kebajikan dan kerja enteng: "Err, boleh tolong siapkan tugasan ni?"; "Tolong pastikan buletin ini tidak berkubur lagi."; "Alah setakat duduk rumah menulis..."; "Takkan tak ada buku free brader!" (boleh tambah)

mohamadkholid berkata...

Zul,
'Tolong pastikan buletin ini agar tak berkubur' - frasa yg pernah aku dengar. Aku bilang - kalau hendak pastikan ia hidup kena buat kajian pemasaran. Kalau buletin macam laporan mengampu, semua muka bos aja kat gambar - mana boleh hidup.

Cabaran hendak berjaya menulis itu boleh diatasi dengan syarat cabaran diri sendiri dulu boleh diatasi - menulis setiap hari!

Nazhatulshima Nolan berkata...

Menarik pelan tindakan saudara. Saya sedang dalam proses penulisan novel pertama, menulis apa saja yang terlintas di hati berdasarkan pengalaman sendiri. Cabaran menulis setiap hari...adakalanya hanya terperam di minda sebelum ditulis.